Usahawan dan pelawak, Shuib memaklumkan anaknya, Ariq Matin yang kini berusia 10 tahun telah dilantik sebagai duta bagi restoran yang diusahakannya, Nasi Bakar Bangkit.
Menurut Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhammad, pelantikan itu sebagai sebahagian daripada usaha untuk memupuk minat anak lelakinya itu dalam bidang perniagaan.
Malah, Shuib juga mahu mendidik serta memperkenalkan dunia masakan kepada Matin pada peringkat awal.
“Saya percaya setiap anak-anak mempunyai kecenderungan yang tersendiri dan bila saya tanya Matin, dia kata bila besar nak jadi ahli perniagaan. Malah sejak tahun lepas dia ada cakap pasa saya untuk buat bisnes sendiri.
“Jadi bila saya bangunkan perniagaan ini, mengapa tidak untuk saya jadikannya sebagai wajah hadapan untuk dia belajar berniaga, marketing dan sebagainya. Memang dia muda, baru 10 tahun. Biarlah dia belajar perlahan-lahan,” katanya.
Pada Awal Malu-Malu
Ditanya mengenai sejauh mana minat Matin sejurus terlibat dalam dunia perniagaan, Shuib akui ia tidak mudah.
Ads
“Mula-mula dia malu, jenuh juga saya mahu mengajar buat video, tapi sekarang saya lihat dia ada kemajuan untuk terus belajar dan rasa tanggungjawab.
“Saya ada pesan, ini kedai awak, ada gaji setiap bulan. Ingat semua ini percuma ke? Bila dia sedar dibayar, jadi dia tanya apa yang perlu dia lakukan.
“Tapi biasalah budak-budak, ada ketika dia tak mahu buat. Apa pun saya cuba terapkan rasa tanggungjawab itu dalam diri dia,” katanya lagi ketika ditemui pada Majlis Pembukaan Nasi Bangkit Bakar di Kompleks Permaisuri Q, Cheras, baru-baru ini.
Anak Minat Memasak
Pada masa sama, Shuib dan isterinya, Watie Hanifiah saling mainkan peranan dalam menyokong dan membentuk minat anak-anak dan Matin memang menunjukkan minat terhadap masakan.
“Macam rezeki, dia juga memang suka masak dan pegang alatan dapur. Jadi Matin bukanlah sekadar duta yang kita letak. Saya suka lihat proses ini, misalnya bila kita tengok anak kita lebih cenderung kepada minat yang ini, kita cuba untuk sokong.
Ads
“Jadi atau tidak itu belakang kira, yang penting kita teruskan dulu. Sekurang-kurangnya mereka melalui zaman kanak-kanak ini dengan sesuatu yang bermanfaat dan bagus untuk masa depannya,” katanya.
Ads
Impi Nak Bina Masjid
Dalam pada itu, Matin meluahkan rasa teruja kerana dapat belajar berniaga dan turut menyuarakan hasrat untuk membina masjid suatu hari nanti.
“Rasa best happy dan dapat pengalaman baru belajar berniaga. Ya saya suka berniaga sebab boleh dapat duit. Ya, nak jadi macam daddy.
“Kalau sudah ada duit, daddy cakap ‘beli’ masjid. Sebab agama kita,” kata Matin ringkas.
Nasi Bakar Bangkit adalah cabang bisnes terbaharu Shuib dan pasukannya. Ia menampilkan menu tersendiri iaitu hidangan nasi yang dibakar dalam daun pisang.
Restoran pertama jenama itu kini sudah beroperasi di Bandar Permaisuri Cheras, Kuala Lumpur sejak bulan lalu. Selain Nasi Bangkit Bakar, turut ditawarkan ialah beberapa menu lain termasuk pilihan minuman dan aiskrim.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Sheryl, 25, dan Azzam, 25, turut berdoa agar segala urusan mereka dalam menantikan kedatangan buah hati pertama itu dipermudahkan Allah SWT.
“Kami mengharapkan doa yang baik semoga urusan ibu & zuriat yg bakal lahir ini dipermudahkan, menjadi anak yg soleh dan solehah, penyejuk mata, penyenang hati, membesar dengan baik dan sihat wal’afiat serta menjadi insan yg berjasa kepada agama & masyarakat,” tulis Sheryl lagi.
Sheryl dan Azzam berkahwin pada tanggal 1 Januari lalu di Masjid Nurul Ehsan, Taman Medan, Petaling Jaya, Selangor.
Pasangan ini mengenali satu sama lain selama lebih enam tahun sejak mereka bernaung di bawah syarikat rakaman yang sama.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Sheryl Shazwanie
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Bakal menyambut ulang tahun perkahwinan yang ke-4, pelakon Saharul Ridzwan membuat kejutan apabila menghadiahkan isterinya, Deena Emir sebuah kerata baru jenis Honda Jazz.
Menurut Deena yang juga merupakan seorang usahawan, dia sendiri tidak menyangka bahawa suaminya itu ingin membuat kejutan pada hari ini sedangkan ulang tahun perkahwinan mereka jatuh pada tanggal 16 September depan.
“Surprise from the husband! MasyaAllah. Terkejut betul tadi sebab our wedding anniversary is on 16th Sept.
“Tapi dapat present today. Dia suruh siap tadi sebab nak record video untuk review (katanya). Habis la comot muka Deena, mascara meleleh sebab menangis.
“Allahuakbar sayang @saharulridzwan thank you for the love & effort. My prayers are always with you,” tulisnya.
Perkara tersebut dikongsikan oleh Deena menerusi akaun Instagram miliknya.
Dalam pada itu, Deena turut merakamkan ucapan terima kasih selain turut mendoakan semoga suaminya itu akan sentiasa dimurahkan rezeki.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen memuji usaha yang ditunjukkan oleh Sahrul bagi menggembirakan hati isterinya itu.
Terdahulu, Saharul dan Deena telah melansungkan perkahwinan mereka pada tanggal 16 September 2016.
Hasil perkahwinan tersebut, pasangan ini dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Muhammad Luth Ali, 3 dan Fateema Azzahra yang baru berusia 8 bulan.
Sumber: Instagram Deena Emir
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Vokal kumpulan Drama Band, Aepul Roza memaklumkan isterinya yang juga pelakon dan penyanyi, Leez Rosli telah pun selamat bersalin anak kedua mereka pada jam 8.30 pagi tadi.
Aepul, 33, berkongsi berita gembira itu melalui satu hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya sebentar tadi.
“My lady. Alhamdulillah @leezrosli_officialmy dah selamat melahirkan anak kedua kami, seorang bayi lelaki, jam 8.30 pagi tadi,” tulisnya menerusi ruangan kapsyen.
“ I’ve got a new rocking partner,” tulisnya dalam satu hantaran lainnya pula.
Perkongsian itu juga nyata membuatkan para peminat serta rakan selebriti tumpang sama ucapkan syukur seterusnya mendoakan agar ibu dan bayi berada dalam keadaan baik.
Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 27 Disember 2014 dan mereka turut dikurniakan seorang anak perempuan, Nur Saffiya Alisha.
Foto: Instagram Aepul Roza
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi Siti Saerah optimis untuk memberikan sepenuh perhatian dalam membimbing anaknya, Amad Dayyan, yang kini menyertai program realiti Talk To My Manager.