Ads

“Ara Persoal ‘Siapa Lelaki Ini’?,” – Tempoh Pujuk Cecah 3 Bulan, Puteri Lily Syukur Aziz M. Osman Bantu Anak-Anak Terima Perkahwinan Baharu

Pekerja di sebalik tabir yang juga usahawan, Puteri Lily Lokman mendedahkan hatinya terdetik untuk kembali berumah tangga selepas bertemu dengan suaminya, Azri Musa yang disifatkan sebagai seorang lelaki yang sangat penyabar.

Menurut Lily, proses perkenalan mereka berlaku dengan mudah dan tidak terlalu merumitkan, malah hubungan itu bermula sekadar sebagai kawan sebelum berkembang ke fasa yang lebih serius.

“Ara Persoal ‘Siapa Lelaki Ini’?,” – Tempoh Pujuk Cecah 3 Bulan, Puteri Lily Syukur Aziz M. Osman Bantu Anak-Anak Terima Perkahwinan Baharu

“Kami berkenalan sudah setahun. Sebenarnya, keluarga kami sudah lama berkawan. Selepas tiga tahun saya hidup sendirian, barulah saya ambil keputusan untuk berkahwin semula.

“Alhamdulillah, permulaan perkenalan kami memang hanya sebagai seorang kawan. Jadi untuk meneruskan hubungan itu jadi lebih mudah.

“Bagi perhubungan kali kedua ini, saya tidak mahu ia terlalu rumit. Kita nak sesuatu yang lebih mudah,” katanya kepada MH.

Ibu kepada penyanyi, Ara Aziz itu berkata sedemikian ketika ditemui di majlis sidang media program raya Astro, baru-baru ini.

Ads

Ditanya mengenai kehidupan selepas berumah tangga, Lily memaklumkan dirinya masih belum sempat meluangkan banyak masa bersama suami kerana perlu menguruskan Ara yang menjalani penggambaran program televisyen di Korea Selatan.

“Ara Persoal ‘Siapa Lelaki Ini’?,” – Tempoh Pujuk Cecah 3 Bulan, Puteri Lily Syukur Aziz M. Osman Bantu Anak-Anak Terima Perkahwinan Baharu

“Pada saya, rutin kehidupan selepas berkahwin sama sahaja seperti biasa. Ini kerana, sehari selepas saya berkahwin, saya terbang ke Korea Selatan untuk ikut Ara jalani penggambaran program Budak Gen Z,” kongsinya lagi.

Anak-Anak Ambil Masa Terima, Aziz M. Osman Banyak Membantu

Dalam masa sama, Lily mengakui anak-anaknya memerlukan sedikit masa untuk menerima keputusannya untuk kembali berumah tangga.

Ads

Bagaimanapun, Lily bersyukur kerana bekas suaminya yang juga pengarah, Aziz M. Osman banyak memberikan sokongan dan membantu memberi pemahaman kepada anak-anak mereka.

“Ara Persoal ‘Siapa Lelaki Ini’?,” – Tempoh Pujuk Cecah 3 Bulan, Puteri Lily Syukur Aziz M. Osman Bantu Anak-Anak Terima Perkahwinan Baharu

“Pada awalnya, Ara agak susah nak menerima tapi bapanya memang banyak memainkan peranan. Aziz yang memujuk Ara. Dia kata, ibu kamu masih muda dan Ara kena benarkan ibu kamu berkahwin lagi.

“Pada mulanya, pandangan Ara agak berbeza dan dia persoalkan ‘siapa pula lelaki ini?’. Dia memang selalu begitu. Bila saya bawa mana-mana lelaki untuk berkenalan, dia memang susah nak terima.

Ads

“Kata Ara, walaupun ibu hidup seorang, kehidupan kita bertiga baik-baik sahaja. Dia persoalkan kenapa perlu orang luar? Sejak itu saya berbincang dengan Aziz. Kami pula berpisah secara baik.

“Pihak keluarga yang lain memang tiada masalah. Tempoh memujuk itu makan masa dua hingga tiga bulan juga. Pada saya, mungkin dia tidak biasa lagi,” akhirinya.

Terdahulu, Lily kembali mendirikan rumah tangga bersama Azri dalam sebuah majlis yang diadakan secara sederhana pada tanggal 14 Februari lalu.

Lily sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan Aziz, pada 6 Jun 2010 sebelum bercerai pada 2023.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata, Puteri Nur Azzahra dan Putera Muhamad Aryan.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Gosip Artis Lain

Kontroversi Tajuk ‘Malaikat Malam’, Pengarah Jelaskan Maksud Sebenar – “Kalau Nak...

Pengarah filem Malaikat Malam, Nazifdin Nasrudin menegaskan pemilihan tajuk bagi karya terbaharunya itu tidak mempunyai sebarang kaitan dengan unsur keagamaan.
error: Hello. Cannot.