“Aqiqah Dah Macam Nikah,” – Kata Netizen, Pelamin Elvina Memang ‘Tak Boleh Bawa Bincang’, Memang Grand!

Share

Pelakon Datin Elvina Mohamad berkongsi foto majlis aqiqah anaknya, Karl Mateen menerusi laman Instagram. 

Disifatkan sebagai majlis yang cukup gah, malah pelamin bayi juga dikatakan seperti pelamin persandingan.

Malah menerusi ruang komen, Fasha Sandha juga mengatakan pasangan itu seperti pengantin baru dengan persalinan ala-ala pengantin.

Elvina berkahwin dengan usahawan dan selebriti sukan permotoran Datuk Mohd Haniff Borhan pada 18 Mac tahun lalu dan dikurnia seorang anak, Karl Mateen.

Foto – Instagram Elvina

IKLAN