“Apakah Harus Menulis ‘Bismillah’ Pada Kad Kahwin & Bagaimana Kalau Kad Itu Dibuang…,” – Apa Hukumnya? Ini Penjelasan Ustaz Azhar Idrus

Share

Baru-baru ini, pendakwah terkenal Ustaz Azhar Idrus ada memberikan jawapan kepada persoalan mengenai apakah harus andai sekeping kad undangan perkahwinan ditulis perkataan ‘Bismillah’.

Serta, bagaimana andai kad tersebut dibuang selepas digunakan.

Lalu pendakwah tersebut memberikan pencerahan bahawa, hukum mencetak ayat suci pada kad kahwin adalah makruh.

Ini kerana, dikhuatiri dan ada kemungkinan kad tersebut tidak terpelihara atau mungkin tercemar seperti dibuang pada tempat kotor.

“SOALAN : Apakah harus kita menulis bismillah pada kad kawhin dan bagaimana kalau kad itu dibuang selepas digunakan?

JAWAPAN : Makruh hukumnya menulis ayat Quran seperti Bismillah dan seumpamanya di atas kad undangan kahwin kerana kemungkinan kad itu tidak terpelihara dari tercemar seperti dibuang pada tempat kotor seperti tong sampah,” tulisnya.

Beliau pada masa sama turut menitipkan perinciannya itu berdasarkan dalil dari kitab Al-Mausu’atul Fiqhiyah.

Malah, beliau menasihatkan agar ia ditulis dalam Bahasa Melayu, termasuk doa yang berkaitan.

Foto: Instagram Ustaz Azhar Idurs

IKLAN