“Apabila Perempuan Eropah Tengok Lelaki Melayu,” – Menangis Kerana Zul Ariffin, Reaksi Ray Era Buat Tekan Tubi Paling Win!

Share

Satu rakaman yang memaparkan reaksi dua gadis Eropah yang kelihatan teruja melihat Zul Ariffin dan Remy Ishak sehingga mengalirkan air mata dan menjerit cukup menggelikan hati.

Malah, setiap tindak tanduk dua jejaka pujaan Malaya ini diiringi dengan ‘tangis kegembiraan’ membuatkan netizen memberikan pelbagai pandangan.

Orang Eropah punya semangat tengok treler SANGKAR sampai menjerit-jerit tak tentu arah!!

“Siap terkeluar ayat melayu tak sabar nak tunggu filem keluar punya pasal!,” tulis akaun tersebut disusuli tarikh tayangan.

Lebih melucukan apabila tiba babak klimaks yang menampilkan penyampai radio, Ray melakukan tekan tubi, mula menimbulkan syak wasangka!

Namun menerusi salah satu komen yang diberikan, reaksi yang ditonjolkan dua gadis berkenaan adalah susulan daripada tontonan klip video kumpulan popular Korea, BTS.

Apapun, lelaki Melayu memang punya aura tersendiri. Tak gitu?

Foto : Instagram Astro Shaw

IKLAN