“Apabila Berakhirnya Sesuatu Hubungan, Saya Tidak Mahu Bercakap Belakang,” – Zul Ariffin Harap Perkara Sama Dari Zahirah MacWilson

Share

Pelakon Zul Ariffin sedia tahu mengenai hubungan bekas kekasihnya, Zahirah MacWilson dan teman lelaki barunya, Aiman Hakim Ridza.

Ditanya mengenai apakah yang ingin dipertakannya, aktor bertubuh sasa ini mendoakan kebahagiaan keduanya.

Kata Zul, dia  sedia maklum mengenai hubungan cinta pasangan pelakon itu menerusi media massa dan mengharapkan agar mereka menikmati momen-momen manis bersama.

“Saya doakan yang terbaik untuk mereka. Baguslah, mereka masih muda dan banyak perkara yang boleh dilakukan. Nikmati hidup kalian sebaik-baiknya,” katanya kepada MH.

Pada masa sama, Zul yang ditemui pada majlis Malam Gala filem lakonan terbarunya, Misteri Dilaila berharap bekas kekasihnya itu tidak bercakap yang tidak baik mengenai kisah silam.

“Apabila telah berakhirnya sesuatu hubungan itu, saya tidak mahu bercakap belakang mengenainya. So saya harap dapat the same treatment,” jelasnya jujur.

Terdahulu, Zul dan Zahirah mula berkenalan pada 2015 namun akhirnya putus sekitar Mac tahun lalu.

Zahirah kemudiannya dikatakan menjalinkan hubungan dengan Aiman Hakim sekitar Disember 2018 hingga kini.

Foto: MH, Instagram Zahirah MacWilson

IKLAN