Apa Yang Dibualkan? Neelofa Kesat Air Mata Di Samping Prof Muhaya

Share

Hos dan usahawan terkenal, Neelofa ada memuat naik sekeping foto kandid bersama Profesor Dr Muhaya Mohamad yang diundang sebagai tetamu menerusi program bual bicara, Next To Neelofa.

Episod tersebut bakal bersiaran malam ini, jam 9.00 malam di Astro Ria dan Ria HD.

Bagaimanapun apa yang menarik, foto yang dirakam menampakkan keduanya ibarat berkongsi sesuatu yang emosional sehingga Neelofa dilihat mengesatkan air matanya.

“Apabila anda melihat air mata saya jatuh ke pipi, anda sudah tahu ia akan menjadi satu episod yang menyentuh hati. Ikuti saya dan Prof Muhaya malam ini,” tulis Lofa menerusi ruangan kapsyen.

Serentak dengan perkongsian yang kini sudah pun mendapat hampir 100,000 tanda suka itu, para peminat dan selebriti memberikan reaksi mereka sambil tidak sama untuk menonton episod berkenaan.

Figura kelahiran Pasir Mas, Kelantan ini juga turut memuat naik foto mereka berdua di Insta Stories.

Ikuti beberapa sedutan episod ini menerusi beberapa posting yang dimuat naik di akaun IG Next To Neelofa;

IKLAN