“Apa Yang Berlaku Dalam Hal Peribadi, Itu Urusan Saya,” – Hanya Berita Palsu, Noh Salleh Nafi Rumah Tangga Dengan Mizz Nina Dilanda Badai

Share

Penyanyi, Noh Salleh menafikan khabar angin yang mendakwa kononnya hubungan rumah tangga bersama isteri, Mizz Nina sedang bergolak.

Menurut Noh, dia sendiri tidak tahu menahu mengenai khabar angin tersebut sehingga diberitahu kepadanya pagi tadi.

“Entahlah saya tak tahu sebenarnya macam mana khabar angin ini boleh tercetus. Tiada apa pun yang perlu saya komen dan saya rasa semua orang dah kena tipu.

“Saya pun baru tahu mengenai hal tersebut pagi tadi. Itupun sebab pr event ni bagitahu. Saya sendiri pelik macam mana hal ini boleh berlaku. Itu semua berita palsu,” katanya.

Noh yang juga merupakan vokalis kumpulan Hujan berkata sedemikian ketika ditemui majlis sidang media Konsert 3 Generasi yang berlangsung di Restoran Rebung, Kuala Lumpur pada Rabu.

Bagaimanapun, Noh memaklumkan dia sebenarnya lebih selesa untuk tidak terbuka mengenai kisah peribadinya.

“Kalau perkara ini ada di sosial media, saya pasti tahu tapi takda. Apa yang berlaku di dalam hal peribadi, itu adalah urusan saya.

“Saya di dalam industri ini hanya memperjuangkan karya dan seni saya. Bukan hal peribadi saya,” ulasnya lagi.

Dalam pada itu, penyanyi asal Sarawak ini turut memberitahu, dia kini sedang memanfaatkan waktunya untuk diluangkan bersama keluarga lebih-lebih lagi dengan anaknya, Musa.

“Bila bercakap mengenai soal anak ini, perasaan cinta dan sayang itu sememangnya berbeza. Memang lain levelnya.

“Saya baru menyedari perkara tersebut. Rupanya kasih sayang ini bukan setakat di bibir sahaja. Bila dah ada anak anda akan pasti merasakan hal yang sama,” akhirinya.

Sekadar informasi, Noh dan Mizz Nina telah mendirikan rumah tangga mereka pada tanggal 2 Julai 2011.

Pasangan ini juga mempunyai seorang anak angkat yang bernama Musa yang kini baru berusia tujuh bulan.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Kredit Foto: Instagram Noh Salleh & Mizz Nina

IKLAN