Bahagia kita tidak sama definisi dengan bahagia insan lain. Luah bekas isteri penceramah bebas, PU Abu, Ain Afini, apa yang baik untuk insan lain, belum tentu membawa erti yang sama dengan diri kita.
Malah, jangan sesekali membandingkan kisah hidup kerana setiap insan punya jalan cerita tersendiri.
“Apa yang baik untuk orang lain belum tentu ia baik untuk kita, apa yang membahagiakan pada orang lain belum tentu ia akan membahagiakan kita. .
Ads
“Jangan membandingkan cerita hidupmu dengan cerita hidup mereka. Perjuangan dan lelah yang berbeza. Nikmatilah setiap saat ini agar kamu syukuri dengan kemanisanya nanti. Agar kamu tahu berbaloinya sabar dan syukur itu. Kamu sedang berada di satu titik untuk permulaan yang besar, teruskan berjalan dan senyum dengan bahagia!” kongsinya.
Tajul Ariff sudah tampil membuat pengakuan dengan mendedahkan dirinya sudah berkahwin dengan isteri, Nurul Shamieza Eddie, 23, pada 10 Disember 2017 lalu.
Menurut pemilik nama lengkap Tajul Ariff Noor Md Shari seperti yang dipetik mStar, antara sebab utama dia merahsiakan perkara berkenaan kerana bimbang akan kehilangan peminat ketika sedang membina nama dalam industri seni.
Pada masa sama bintang berusia 21 tahun ini juga enggan mencampuri urusan peribadi dengan kerjayanya.
“Ya, memang betul saya sudah berkahwin dengan Nurul Shamieza Eddie pada 10 Disember 2017. Salah satu sebab saya tidak berkongsi kerana ketika itu saya tengah bina nama, jadi takut hilang peminat.
“Selain itu, saya juga tidak mahu privasi keluarga saya diganggu dan tak nak netizen mula campur adukkan kehidupan peribadi dengan kerjaya seni saya.
“Tapi saya tiada niat untuk sorok atau menipu mana-mana pihak.
“Kalau ikutkan, seluruh keluarga saya, isteri serta pihak pengurusan dan rakan terdekat mengetahui perkara ini,” kata Tajul seperti yang dipetik mStar.
Terdahulu, status bintang berkenaan menjadi tanda tanya ramai dan beberapa hari lalu, portal berkenaan ada mendedahkan mengenai sekeping foto yang dihantar pembaca yang meminta penjelasan serta mendakwa wanita yang didakwa isteri kepada penyanyi itu kini sedang hamil.
Lalu, penyanyi berkenaan turut mengakui isterinya kini sedang hamil lapan bulan dan dijangka melahirkan cahaya mata pertama mereka hujung November depan.
“Memang betul isteri saya sedang mengandung dan kandungannya kini sudah memasuki lapan bulan. Dia dijangka akan melahirkan bayi sulung kami pada hujung November depan.
“Saya berharap semua peminat dapat mendoakan yang baik-baik untuk saya, isteri dan bayi kami yang bakal lahir. Saya mohon maaf kepada peminat, sejujurnya saya tiada niat untuk menipu anda semua,” pinta Tajul.
Jun tahun lalu, kecoh di laman sosial apabila Tajul dikatakan mengaku dia sudah berkahwin dengan wanita bernama Nurul Syamieza Eddie.
Bagaimanapun, Tajul menafikan perkara berkenaan selain peminat agar tidak salah faham dengan kenyataan yang dikeluarkan tanpa sengaja.
Foto/Sumber: Instagram Tajul/mStar
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Bintang yang pernah muncul menerusi konsert Prelude Akademi Fantasia musim keempat, Shazroul Fazlie telah meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur akibat jangkitan kuman pada usus kira-kira jam 6.20 petang, Rabu.
Ibu kepada Allahyarham, Noraini Elias seperti yang dipetik mStar menjelaskan, Allahyarham sudah jatuh sakit secara tiba-tiba 10 September lalu iaitu sebelum ulang tahun kelahirannya yang ke-34.
Malah, arwah turut kehilangan berat badan mendadak daripada 61 kilogram kepada 45 kilogram sepanjang dua minggu sebelum pergi mengadap Illahi.
Difahamkan, arwah Shazroul juga sebelum ini telah menjalani dua pembedahan pemotongan usus yang bocor sepanjang kira-kira 90 sentimeter iaitu pada 10 September dan 21 September lalu.
Sementara itu, tunang Shazroul, Nur Afiqah Syaqira, masih terkejut dengan pemergian arwah berkata, mereka sepatutnya melangsungkan perkahwinan Julai.
Bagaimanapun, mereka terpaksa menangguhkan hasrat berkenaan selepas arwah berpindah ke Langkawi.
“Kami sepatutnya berkahwin Julai lalu tapi disebabkan arwah berpindah kerja ke Langkawi, kami terpaksa menunda untuk berkahwin pada tahun hadapan.
“Segala persiapan perkahwinan sudah diuruskan, kad undangan dan baju nikah pun saya dah simpan dalam almari.
“Saya tak sangka arwah pergi meninggalkan saya… dalam pukul 6.30 tadi saya dimaklumkan oleh kawan-kawan bahawa dia sudah tiada.
“Saya terkejut hampir nak pengsan,” ujar gadis berusia 24 tahun itu lagi seperti yang dipetik.
Jenazah Shazroul telah dimandikan di Masjid Bukit Antarabangsa dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Ukay Perdana di Ampang selepas subuh pada Khamis.
Menerusi Insta Stories, Afiqah ada berkongsi beberapa keping foto sambil mengucapkan terima kasih atas doa serta ucapan takziah buat mereka seisi keluarga.
“Al-Fatihah, semoga roh tunang saya (Shaz) dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang beriman amin.
“Tenanglah sayang, i’ii always love you forever,” maklum Afiqah.
Foto/Sumber: Instagram Syafiqah/mStar
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Personaliti media sosial, Kak Girl atau nama sebenar Nur Amira Maslan, 32 menafikan dakwaan segelintir netizen yang menganggap penceraiannya berpunca kerana kian dikenali menerusi video video parodi lip sync.
Menerusi perkongsian video @bestfmmalaysia, Kak Girl menindakkan kata-kata netizen yang menyifatkan punca cerai adalah kerana video-video viralnya sebelum ini.
“Kalau nak cakap secara klishe, memang kami tiada jodoh. Puncanya mungkin dari kurang persefahaman, tetapi ada netizen yang mendakwa saya bercerai disebabkan terkinja-kinja buat video seperti sebelum ini adalah satu fitnah.
“Perceraian ini juga tiada kena mengena dengan personaliti saya, karier dan kerjaya saya.
“Hal ini (bercerai) ini juga disebabkan dari kami, kami yang bermasalah dan kami sepakat untuk berpisah.
“Apa yang dikatakan setengah netizen itu adalah melampau,” katanya yang kini terlibat dalam bidang pengacaraan dalam sebuah majlis di sekitar Johor Bahru.
Dalam pada itu, Kak Girl turut berterima kasih kepada mereka yang sentiasa mendoakan dirinya.
“Terima kasih kepada mereka yang mendoakan saya. Insyallah saya okay sahaja.
“Doakan yang terbaik untuk saya, terima kasih,” akhirinya.
Terdahulu, Kak Girl dan bekas suami, Mohd Hafizi Marzuki bercerai talak satu pada 20 Oktober lalu di Mahkamah Syariah Johor Bahru.
Pasangan ini berkahwin pada 20 Februari 2015 dan tidak dikurniakan cahaya mata setakat ini.
Kemeriahan Aidilfitri tahun ini semakin terasa apabila ramai penyanyi tempatan tampil melancarkan lagu raya dengan genre dan gaya tersendiri.
Terbaharu, penyanyi Izzue Islam dan Dehaniff...