Kecewa apabila niat untuk memberi pengajaran dan didikan untuk anaknya disalah ertikan oleh netizen, usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri dilihat menangis.
Berkongsi sedutan berita yang memaparkan Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Dr. Wan Azizah memberikan kenyataan mengenai apa yang berlaku, Aliff dilihat cukup sedih.
Dipetik daripada ucapan Wan Azizah, sisasatan telah dilakukan dan tiada kesan negatif kepada Qadejah.
Mengakui tindakan tersebut adalah untuk mendidik anak, namun Timbalan Perdana Menteri ini kurang setuju apabila ia dipaparkan untuk tontonan umum.
Ads
Ulasnya lagi, Jabatan Kebajikan Masyarakat telah mengambil peranan sewajarnya terhadap insiden itu.
“Apa salah sy??
“Sy hanya nak jadi abah yg terbaik utk anak saya cess @qadejah_terlajaklaris …. sy hanya insan biasa. full vedio ada di youtube saya tv terajaklaris.”
Memanjatkan kesyukuran dengan perkongsian gambar imbasan kandungan, Datin Seri Shahida memaklumkan berita gembira apabila bayinya sihat dan sudah mempunyai denyutan jantung.
Ulasnya, walaupun seorang lagi kembar telah disahkan gugur, namun dia harus reda dan bersyukur kerana telah diberikan banyak kenikmatan dalam hidup.
“Alhamdulillah walaupun satu dah gugur masih ada 1 lagi yg sangat2 sihat Dr kata…. dah ada denyut jantung pun…
“Terima kasih sahabat yg mendoakan…. doakan anak saya sihat dalam kandungan sehingga waktu melahirkan nanti…
“Saya redha je sebab saya percaya Allah bg saya byk nikmat…. anak saya ramai….. sedangkan byk. lagi mereka2 yg ikhtiar nak hamil belum merasakan lagi…… sepatutnya saya bersyukur Allah limpahkan banyak rezeki untuk saya…. apalah sangat diduga dgn sedikit ujian,” luahnya.
Bersempena dengan cuti umum Hari Pekerja semalam, ramai di antara pengguna media sosial yang memberikan dedikasi sempena sambutan berkenaan dalam pelbagai cara yang kreatif dan lucu.
Malah, selebriti juga tidak terkecuali memberikan kapsyen paling win buat hiburan para peminat mereka di platform Instagram.
Misalnya pelakon Diana Danielle yang tampil berkongsi beberapa foto kandid dirinya yang sedang posing bersama mop lantai!
“Astro call I cakap ada kerja…. so I datang la cantik2. Rupanya abg cleaner cuti so diorg nak I gantikan. Selamat Hari Pekerja SEMUA, korang rehat k I gantikan. Sejam seribu jew,” tulisnya sambil memberikan kredit kepada penaja pakaiannya pada hari itu.
Difahamkan, pelakon filem Hanyut itu berada di Astro baru-baru ini untuk sebuah program hiburan.
Awal semalam, pelakon yang juga isteri kepada Shaheizy Sam, Syatilla Melvin ada berkongsi mengenai pengalamannya saat bersalinkan anak kedua, Sarima Samheizy.
Kongsinya seperti yang ditulis menerusi Instagram, ibu kepada dua cahaya mata itu memberitahu, pada peringkat awal dia memang berhajat untuk melahirkan anak kedua secara normal.
“Bila anak2 lena,baru la boleh tulis panjang2 sikit..ok nak share pengalaman czer kali ke2 dgn hampa semua.asalnya mmg niat nak sgt beranak normal!tpi allah dh tetapkan apa yg terbaik utk tilla?thank u allah. Pendekkan cerita, bila last2 trimester sebelum beranak,perut makin besaq,parut czer lama start rasa nyilu bila bersin atau batuk. Tak sakit tapi nyilu.
“So aku ni duk start la imagine time nk teran anak nnti klu beranak normal,mampoih kalau luka lama tekoyak lagumana?takkan sakit ataih bawah!so tilla decide utk czer sebb xmau ambik risiko.bnda pertama tilla pesan dgn doc fauziah, “doc apa jadi skalipn, tlg kemaskan jahitan perut saya” dan keputusan yg aku buat mmg menyelamatkan nyawa baby!sebab time doc belah perut,sarima dah terbelit tali pusat dh (2kali pusing)allahuakhbar,”kongsi Tilla.
Serentak dengan situasi berkenaan, Tilla turut menyatakan rasa debar. Malah pembedahan yang dijalankan kali ini juga berbeza berbanding sebelumnya.
“Bedebar tuhan je tahu.baby boleh lemas weii kalau lambat!plus kali ni punya czer lain mcm sikit,aku rasa pisau laluuu ataih kulit weiiii!!tp tak sakit laa,cuma terasa mmg ada bnda lalu dan ditoreh,pisau la apa lagi bodo oi doc potong gunting semua tilla rasa,cuma tak sakit!siap ada bau hangit kulit lagi?dan alhamdulillah allah permudahkan semua bnda!
“Hari ke 2 dah boleh bgun begerak mcm biasa tanpa rasa sakit!!pegalaman czer lepas byk mengajar sebenarnya!dan 1 ja nk pesan,BERANAK CZER TIDAK SETERUK YG DI GEMBAR GEMBURKAN! Mind set kita no1!klu fikir sakit,sakit la jadinya.
“Tilla mmg dri awal dh ready mental fizikal walau apapun jdi.serah semua pada allah ok♥️apa2 pun,utk xmau bgi nervous, kita touchup la mulut dgn lipmatte @kekasih_hq ? #ayaqmatakegembiraanbilatengokmukaanak,” tulisnya panjang lebar.
Terdahulu, Syatilla dan Sam mengumumkan kelahiran cahaya mata kedua mereka itu pada 17 April lalu. Mereka berkahwin pada 8 Februari 2016 dan dikurniakan cahaya mata lelaki sebelum ini, Syeriv Samheizy pada 9 Mei 2017.
Pelakon, Lufya Omar meluahkan rasa terkilan dengan tindakan seorang individu yang melabelkan dirinya dan rakan-rakan usrah sebagai ‘rapist enabler’ hanya kerana bergambar bersama isteri kepada pendakwah bebas, Dai Syed iaitu Hana Ismail.