“Apa Reaksi DSV?,” – Kecoh Bila Cik B Duduk Di Pelaminan Berbaju Pengantin Bersama Lelaki Kacak, Buat Ramai Tak Keruan!

Share

Kecoh apabila anak perempuan kepada usahawan kosmetik, Datuk Seri Vida iaitu Cik B memuat naik beberapa keping foto di pelaminan lengkap mengenakan baju pengantin di Instagram.

Lantas, ia mulai diperkatakan wargamaya dan pelbagai reaksi telah ditinggalkan mereka di ruangan komen.

Rata-ratanya turut memberi reaksi humor dengan menyatakan rakan terkejut selain menyifatkan momen tersebut sebagai ‘sweet’.

Lalu tidak dinafikan, selepas bergelar pelakon Cik B atau nama lengkapnya, Nur Edlynn Zamilleen Muhammad Amin terus menjadi bualan hangat.

Lebih-lebih selepas dia seolah-olah sudah pun mempunyai teman lelaki apabila memuat naik foto seorang lelaki di Insta Story berserta kapsyen ‘with my fav person’.

Bagaimanapun, gambar tersebut rupanya adalah sedutan daripada babak drama yang sedang dilakonkan Cik B ketika ini, iaitu Lelaki Lingkungan Cinta yang ditayangkan menerusi slot Lestary di TV3.

Malah, foto sama turut dikongsikan rakan pelakon, Aniq Suhair.

“The end, #lelakilingkungancinta,” tulisnya ringkas.

Aniq merupakan salah seorang finalis Hero Remaja 2020 dan turut memenangi anugerah Hero Remaja Confident/Favourite 2020 pada pencarian berkenaan.

Ikuti perkongsian Aniq mengenai kerjasamanya bersama Cik B di sini;

IKLAN