“Apa Pun Takde Rasa, Guna Imaginasi Sendiri Tengah Makan Sup Ekor…,” – Ulas Puteri Sarah, Ia Nikmat Allah Yang Ditarik

Share

Pelakon, Puteri Sarah Liyana yang telah disahkan positif Covid-19 selepas membuat ujian saringan di Pusat Perubatan MSU, Shah Alam pada Rabu ada berkongsi cerita tentang masalah tiada deria rasa yang dialaminya.

Menurut Puteri Sarah, 36, semua makanan yang dinikmati tak ubah rasa seperti meminum air suam.

Lalu bintang ini meluahkan rasa sedih bersama pengikut di laman media sosial Instagram.

Ibu kepada dua orang cahaya mata ini menyifatkan perkara tersebut sebagai satu nikmat yang ditarik oleh Yang Maha Esa.

“Jaga diri semua Covid – 19 is real guys !!! Salam Zohor, Sedihlah… bila makan takde rasa huhuhu. Nikmat Allah yang ditarik.

“Makan apa pun takde rasa, guna imaginasi sendiri tengah makan sup ekor padahal semua rasa macam air suam paling best, kalau ada bau busuk memang tak bau lansung,” tulisnya.

Melihat di ruangan komen, rata-rata peminat menitipkan doa dan kata semangat kepada pelakon drama bersiri Sabarlah Duhai Hati itu.

Foto: Instagram Puteri Sarah Liyana

IKLAN