Ingat tak dulu pernah kecoh mengenai isu ‘pm tepi harga’ online seller yang membuatkan ramai pembeli pening kepala?
Apa taknya, bila kita dah berkenan dengan sesuatu barang itu namun tidak pula diletakkan harga, bila dah ‘pm tepi harga’ tak dilayan pula. Sudahnya pembeli pun hilang minat untuk membeli.
Rupa-rupanya isu tersebut masih belum reda walaupun para peniaga online sudah ‘dinasihatkan’ supaya meletakkan harga barangan mereka.
Kisahnya semalam, pelakon, Zarina Anjoulie yang juga kini pengusaha produk memuat naik foto di instagram mengenai perkara tersebut.
“Pada semua online seller kalau rasa rimas kalau orang tanya setiap harga barang, then letaklah details produk dan senarai harga kat pic tu.
“Ni suruh whatsapp, ada 20 barang, 20 barang tu kita nak tahu berapa. Ni baru barang kedua dah tak mahu layan.
“Motif kau suruh whatsapp tanya buat apa? Just put the price on the pic lah, jimat masa, data aku dan data kau,” luahnya.
Tambahnya lagi, Zarina turut menekankan kepentingan meletak info dan harga barangan itu.
“Wahai online seller, korang percaya tak letak harga pada pic itu memainkan peranan (for me lah)
“Kalau shop tu takde harga (pastu suruh DM) tapi shop lagi satu ada harga aku akan beli kat online shop lagi satu tu.
“Walaupun kau punya lagi banyak varieties. Leceh lah, mak-mak macam aku ni ada lingkungan bajet tau tak.
“Kadang aku nak survey dulu berangan dulu, atleast aku tau berapa lama aku kena ikat perut inadvance demi bag kau tu,” tulisnya lagi.
Apa pun, MH rasa selebriti ini mungkin sudah lama memendam rasa membuatkan dirinya membuat luahan sedemikian.
Foto: Instagram Zarina Anjoulie
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI