Empat bulan bergelar pengacara program hiburan paling popular, Melodi menjadikan pengacaranya, Janna Nick lebih mahu menambah ilmu mengenai industri seni tempatan. Katanya, adalah penting bagi seseorang pengacara itu untuk mengetahui banyak perkara mengenai subjek pengacaraan yang dikendalikan, apatah lagi apabila ia dipancarkan secara langsung.

Meski pada peringkat awal pelakon dan duta jenama telefon pintar Vivo ini agak sukar untuk menghadapi krtikan ramai mengenai kualiti pengacaraannya bersama rakan hos, Ajak, Janna bagaimanapun cuba positif dan mengambil setiap kritikan sebagai pembakar semangat buatnya untuk lebih maju.

Jelasnya kepada MH, kebanyakan komen yang diberikan penonton banyak yang positif daripada negatif. Cumanya dia tidak mahu berada di zon selesa kerana menyifatkan pengalamannya di dalam bidang pengacaraan masih lagi baru.

IKLAN

Ini Jawapan Win Janna Nick Kalaulah One Day, Dia Kena Baca Fasal Kontroversi Sendiri Dalam Melodi!

“Meski ramai yang cakap saya sudah ada peningkatan daripada minggu ke minggu namun saya masih lagi mencari identiti sebagai pengacara. Masih mahu memahami rentak program Melodi itu sendiri. Rasanya, cabaran paling besar dalam mengendalikan Melodi ialah rancangan itu sendiri yang kini berdurasi satu jam setengah. Ia adalah satu masa yang panjang buat program secara langsung bagi pengacara yang masih lagi baru macam saya. 

 

“Mujur, Ajak pun tiada masalah dan kami banyak berbincang untuk meningkatkan gaya pengacaraan. Malah sebelum on oir, kami ada lakukan reheaseal manakala ketika program berlangsung pun kami dipantau team produksi. Lepas selesai live pun kami ada buat preview juga,” akui Janna yang turut memberitahu, cabaran lain yang terpaksa dihadapi ialah berdepan dengan kisah selebriti berlainan setiap minggu.

Kongsi Janna, kehendak penonton juga turut berbeza saban minggu selain gosip artis yang berlainan.

IKLAN

“Jadi sebab itulah saya cakap kena tambah ilmu. Macam saya pengacara rancangan hiburan, lalu kenalah study mengenai selok-belok dunia seni,” tambahnya.

Ini Jawapan Win Janna Nick Kalaulah One Day, Dia Kena Baca Fasal Kontroversi Sendiri Dalam Melodi!

Ditanya bagaimana sekiranya gosip yang akan disampaikan di Melodi adalah kisahnya sendiri, Janna mempunyai jawapan tersendiri. Katanya;

IKLAN

“Program Melodi bukanlah rancangan yang menghentam artis sebab kami pun tidak mahu menutup periuk nasi sesiapa. Jadi produksi cuba mendapatkan penjelasan mengenai seseorang artis yang berdepan dengan kisah sensasi. Saya dan Ajak hanyalah sebagai perantara untuk sampaikannya sahaja. Kalau gosip fasal saya tu, rasanya saya pun nak jauhi kontroversi melampau. Kalau yang ‘manja-manja’ tu tak de hal. Boleh handle lagi.

 

“Saya pun merupakan wajah kepada beberapa jenama. Jadi seboleh mungkin saya akan jauhi apa yang tidak baik, mahu jaga nama baik keluarga, periuk nasi dan jenama yang saya bawa,” akui Janna optimis.

Foto: Instagram Janna Nick

https://www.youtube.com/watch?v=TWVVMyTF4c8

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI