“Apa Kata Kita Lakar Kasut Perkahwinan Saya,” – Wow! Neelofa Minta Giuseppe Zanotti Lontar Idea Kasut Kahwinnya

Share

Neelofa membuat kejutan apabila menjemput pereka kasut terkemuka dunia, Giuseppe Zanotti untuk melakukan sesi temubual di laman Instagram miliknya, #BerseoranganBersama.

Selain berkongsi mengenai perkembangan fesyen berdasarkan situasi semasa yang melanda dunia ketika ini, Neelofa antara lain sempat meminta Zanotti untuk melontarkan idea kasut perkahwinannya.

Diminta secara spontan oleh Neelofa, pereka kasut terkenal itu juga turut bertanya dan meminta pengesahan sama ada wanita jelita itu sudah bersedia untuk ke alam perkahwinan atau sebaliknya.

Tidak dinafikan, ramai peminat yang teruja apabila dua bintang terkenal di negara masing-masing itu tampil bersama secara virtual untuk berkongsi idea dan pendapat.

Giuseppe Zanotti merupakan pereka kasut terkenal pilihan selebriti Hollywood.

Antara figura popular yang pernah mendapatkan khidmatnya seperti Bella Hadid, Kim Kardashian, Anne Hathaway dan ramai lagi.

Foto : Instagram Neelofa

IKLAN