Categories: Hiburan

Apa Dosa Kucing Ini?

Share

Baru-baru ini sebuah video seekor kucing yang terseksa menahan kesakitan di dalam sebuah sangkar telah tersebar di laman facebook.

Video tersebut telah dimuat naik oleh pemilik kucing itu sendiri di dalam facebook miliknya.

Nur Jehan yang tidak menyangka video tersebut akan menjadi viral dan mendapat perhatian ramai berkata melalui sebuah posting, dia hanya ingin berkongsi rasa sedih, kecewa dan marah terhadap individu yang tidak bertanggungjawab sanggup menyeksa binatang kesayangan nabi.

Melihat keadaan kucing tersebut, ramai yang turut bersimpati dengan apa yang terjadi.

Ramai juga turut kongsikan beberapa tip untukmengatasi masalah ini. Malah, ada juga yang menghentam tindakan gadis ini kerana tidak bertindak untuk menyelamatkan kucingnya.

Ada yang mempertikaikan mengapa dia tidak berikan air kelapa dan sebagainya untuk menghilangkan racun yang ada di dalam tubuh kucing itu.

Namun menurut gadis tersebut, kejadian berlaku pada lewat 1.00 pagi dan percaya waktu itu semua orang sedang lena tidur di rumah masing-masing.

Dia turut memberitahu, jika kejadian ini berlaku di waktu pagi mungkin dia dan ahli keluarganya akan berusaha untuk mencari sesuatu yang boleh menyembuhkan kucing itu.

Selain kucing, beberapa ekor ayam miliknya juga telah diracuni oleh manusia yang tidak berhati perut.

Ini dia keadaan kucing kesayangan Jehan yang telah dibela sejak beberapa tahun yang lalu.

 

Posted by Nur Jehan on Thursday, June 15, 2017

 

Posted by Nur Jehan on Thursday, June 15, 2017

Walaubagaimanapun, kami turut menumpangsimpati dengan apa yang terjadi.

IKLAN