Komposer dan pemuzik, Edrie Hashim menempelak pendapat sesetengah pihak yang menyarankan supaya anak autism tidak sepatutnya didedahkan dikhalayak umum.

Katanya, anak autism ini juga merupakan manusia ciptaan tuhan dan tiada bezenya dengan manusia lain.

Kenyataan tersebut dibuat susulan daripada seorang individu yang yang meninggalkan komen ‘kurang bijak’ mengenai penjagaan anak autism di Facebook pemusik tersebut.

IKLAN

IKLAN

“Anak yang begini rupa? Dia tetap manusi ciptaan Tuhan tiada bezanya dengan kamu. Kau suruh kami kurung ke anak ini? Ape bodoh sangat kau ni? Salah satu terapi anak-anak ini adalah dedahkan mereka kepada dunia luar. Pemikiran kau ni terlampau bodoh.

 

“Tuhan ciptakan anak ini kurang upaya, tapi tuhan ciptakan kau sebagai bodoh tapi kami tak suruh mak bapak kau kurung kau kan?” tulisnya.

Tambah Edrie, salah satu terapi anak-anak autism ini adalah dengan mendedahkan mereka dengan dunia luar supaya mereka tidak rasa terpinggir.

IKLAN

Pada pendapat MH, tidak salah untuk kita kongsikan pendapat, tetapi hendaklah menjaga hati dan perasaan  ibu bapa anak-anak autism ini kerana hanya mereka sahaja yang tahu betapa mencabarnya untuk membesarkan anak-anak istimewa ini.

Foto: Twitter Edrie Hashim

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI