Meskipun dihimpit dengan pelbagai spekualsi tentang isu adiknya dengan Aliff Aziz, Anzalna nampaknya enggan terlalu memikirkan hal tersebut dan menikmati percutian beliau di Gold Coast, Australia bersama suaminya menikmati ‘bulan madu’ yang indah bersama.

Ini adalah masa untuk beliau menenangkan fikiran daripada segala masalah.

Menerusi foto-foto yang dimuat naik oleh beliau di Instagram, Anzalna nampaknya cukup gembira dengan percutiannya itu apatah lagi dengan keindahan tempat mewah tersebut yang menenangkan jiwa.

Beberapa keping foto dikongsikan pasangan ini menerusi laman Instagram miliknya mendapat ribuan likes dari pengikutnya

Ruangan komen di instagram Anzalna juga dihujani pelbagai reaksi daripada sebahagian kira-kira 2 juta pengikutnya di laman sosial yang memperlihatkan dia bersama suaminya menikmati percutian di atas kapal mewah itu.

Rata-rata peminat melahirkan rasa gembira melihat kebahagiaan yang jelas terpancar menerusi wajah Anzalna mahupun Hanif. Malah ada yang beranggapan pasangan ini sangat serasi bersama.

Anzalna juga telah menulis Kembar Siam pada gambar dia bersama suami, nampak mereka begitu seiras!

IKLAN

Anzalna, Suami Bulan Madu Ke Australia, Peminat Doakan Cepat Dapat Baby

Tak kurang juga yang memuji Anzalna begitu cantik berbaju merah jambu, menyerlah kejelitaan semulajadinya.

Anzalna, Suami Bulan Madu Ke Australia, Peminat Doakan Cepat Dapat Baby

Perkongsian pelakon Bintang drama rantaian, Memori Cinta Suraya ini juga menyebabkan peminat teruja dan mendoakan jodoh Anzalna dan suami berpanjangan.Ada juga yang mendoakan Anzalna segera hamil dan segera menimang cahaya mata.

IKLAN

Anzalna, Suami Bulan Madu Ke Australia, Peminat Doakan Cepat Dapat Baby

InsyaAllah mungkin selepas percutian ini, Anzalna akan hamil.  Amin. 

Bergelar seorang isteri kepada Hanif Zakir, nampaknya pelakon jelita itu cukup bahagia meniti hidupnya sekarang di samping suami tercinta. MH mendoakan agar Anzalna dan suami berbahagia selalu.

Berikut kami sertakan beberapa lagi foto percutian romantis Anzalna dan suami :

IKLAN

Anzalna, Suami Bulan Madu Ke Australia, Peminat Doakan Cepat Dapat Baby

Anzalna, Suami Bulan Madu Ke Australia, Peminat Doakan Cepat Dapat Baby

Anzalna, Suami Bulan Madu Ke Australia, Peminat Doakan Cepat Dapat Baby

Anzalna, Suami Bulan Madu Ke Australia, Peminat Doakan Cepat Dapat Baby

Anzalna, Suami Bulan Madu Ke Australia, Peminat Doakan Cepat Dapat Baby

Anzalna, Suami Bulan Madu Ke Australia, Peminat Doakan Cepat Dapat Baby

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI