Ads

Anzalna Nasir, Liza Hanim Curi Tumpuan, Raikan Raya Penuh Warna & Gaya!

Pelancaran koleksi Raya 2026 Bayu Somerset berlangsung meriah dengan kehadiran barisan selebriti terkenal yang menggayakan rekaan terbaharu jenama tersebut, baru-baru ini.

Menambahkan lagi seri pelancaran, pelakon Anzalna Nasir tampil anggun dalam persalinan Inara Kurung in Cempaka Puteh daripada koleksi Bayu Somerset x Arif Rafhan.

Sementara itu, penyanyi yang popular dengan lagu Gelisah Mimpi, Liza Hanim bersama anak perempuannya pula berkongsi momen Raya penuh kasih sayang dalam set kebaya Agnes Kotabaru sedondon rona Murni Blue dan Green, menyerlahkan tarikan mesra keluarga.

Liza bersama anaknya, Masya Q ketika ditemui akui teruja dengan persalinan jenama berkenaan yang disifatkan selesa digayakan.

“Kami anak beranak menang gemarkan potongan dan rona warna yang ditampilkan serta sesuai untuk digayakan oleh pelbagai lapisan usia,” katanya.

Ads

Marsya menambah, potongan dan gaya yang ditampilkan juga sesuai dengan dirinya yang bertudung serta mempunyai elemen edgy and moden.

Anzalna Nasir, Liza Hanim Curi Tumpuan, Raikan Raya Penuh Warna & Gaya! Anzalna Nasir, Liza Hanim Curi Tumpuan, Raikan Raya Penuh Warna & Gaya! Anzalna Nasir, Liza Hanim Curi Tumpuan, Raikan Raya Penuh Warna & Gaya! Anzalna Nasir, Liza Hanim Curi Tumpuan, Raikan Raya Penuh Warna & Gaya! Anzalna Nasir, Liza Hanim Curi Tumpuan, Raikan Raya Penuh Warna & Gaya!

Raikan Warna, Kreativiti & Keunikan Diri

Terdahulu, jenama yang sinonim dengan gaya ‘fesyen past-forward’ memperkenalkan koleksi Raya 2026 mereka, #somerSYOKraya26, sebuah perayaan warna, kreativiti dan keunikan diri.

Ads

Pelancaran ini serentak dengan pembukaan outlet terbaharu mereka di Central i-City, Shah Alam.

Koleksi Raya tahun ini menampilkan 50 corak unik, lebih lima siluet baharu, tujuh set keluarga serta tujuh rekaan mewah, direka dengan teliti untuk menaikkan gaya fesyen perayaan sambil kekal selesa untuk pemakaian harian.

“Bayu Somerset ialah penyatu harmoni Walaupun siluet kami berakar daripada warisan budaya Malaysia, warna dan corak yang kami tampilkan adalah moden dan berani.

Ads

“Menerusi tiga kolaborasi ini, kami menggabungkan tradisi dengan seni kontemporari, menghasilkan koleksi yang meraikan warisan dan gaya masa kini,” kata Ketua Pemasaran Bayu Somerset, Dania Kamalul.

Koleksi berkenaan ditawarkan dalam saiz XXS hingga 5XL selain boleh didapati secara dalam talian.

Selain Anzalna, Liza Hanim dan Marsya Q, majlis turut dihadiri rakan artis lain seperti Dayah Bakar, Qistina Raisah dan ramai lagi.

Untuk berita hiburan terkini dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Gosip Artis Lain

Zara Zya Tepis Gosip Cinta Dengan Datuk Seri, Minta Henti Naratif...

Pelakon, Zara Zya tampil menjelaskan mengenai khabar angin yang tular sejak semalam yang mengatakan dirinya kini sedang menjalin hubungan istimewa bersama bersama seorang usahawan yang juga bekas tunang kepada seorang selebriti.
error: Hello. Cannot.