Baru-baru ini, Anzalna ada memaklumkan dia bakal berangkat ke Dubai, Paris dan London untuk bercuti selain melakukan beberapa projek komersial di sana.

Turut bersama dalam rombongan berkenaan ialah ahli keluarga termasuk suami dan anaknya, Eidress yang kini mencecah usia tiga bulan.

Anzalna sebelum ini ada berkongsi bahawa ia merupakan pengalaman pertama anak sulungnya itu ke luar negara.

Last year, Eidrees dalam perut mummy waktu di Paris. This year, mummy bawa Eidrees pergi tengok rupa Paris macam mana,” jelasnya menerusi akaun Instagram anak.

IKLAN

Lalu, tempoh perjalanan yang panjang tentunya turur merisaukan ibu bapa khasnya yang memiliki anak kecil. Atas alasan ini ramai ibu bapa ‘kurang berminat’ untuk membawa anak melancong ke luar negara.

Bagimanapun, situasinya nyata berbeza dengan anak sulung pelakon ini, apabila Eidrees tampak ‘okay’ dan tenang sepanjang perjalanan, seperti mana yang dimaklumkan si ibu.

Travelling with Mohamad Eidrees was easier than I ever imagined. Boarding the flight, Eidrees was so happy! He laughed and smiled all the time. Menangis? Of course ada! Tapi sebab nak susu. I’m blessed to have such a good baby. Alhamdulillah,” ujar isteri kepada Muhamad Hanif Mohamad Zaki ini lagi.

IKLAN

Malah, bintang berusia 31 tahun ini juga turut berkongsi beberapa momen menarik si anak sepanjang perjalanan.

IKLAN

Anzalna yang juga finalis Dewi Remaja 2010 mendirikan rumah tangga bersama Hanif pada 21 Februari 2016 selepas beberapa tahun berkenalan.

Permata hati mereka, Mohammad Eidress pula dilahirkan pada 31 Mei lalu.

Foto: Instagram Anzalna Nasir, Eidress

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI