“Anugerah Terindah Dari Allah,”- Bersalin Dua Minggu Awal, Fizo Omar Selamat Timang Baby Girl

Share

Pelakon, Fizo Omar menzahirkan rasa syukur selepas memaklumkan isterinya telah selamat melahirkan cahaya sulung mereka awal pagi tadi.

Khabar gembira itu dikongsikan sendiri oleh Fizo atau nama sebenarnya, Wan Hafizol Wan Omar menerusi entri terkini di laman Instagram.

Menurut Fizo, isteri serta bayi perempuannya itu kini berada dalam keadaan yang sangat baik meskipun dilahirkan dua minggu lebih awal daripada tarikh yang dijadualkan.

“Alhamdulillah, another beautiful gift from Allah. Isteri saya selamat melahirkan seorang bayi perempuan dua minggu lebih awal dari EDD (estimated delivery date).

“Ibunya selamat dan bayi juga comel. Setinggi penghargaan buat Andorra Hospital untuk layanan yang sangat baik. Kami sangat berpuas hati dengan layanan staf yang mesra,” tulisnya.

Dalam pada itu, pelakon filem Romeo Kota ini juga turut merakamkan ucapan penghargaannya buat para doktor dan petugas hospital kerana telah memberikan layanan yang baik buat isteri serta anaknya.

“Petugas-petugas kesihatan di bilik bedah juga sangat-sangat membantu untuk memenuhi permintaan kami terutama buay ibu dan baby.

“Terima kasih kepada pihak doktor kerana sentiada ada bersama kami daripada mengandung sampailah memudahkan urusan bersalin.

“Terima kasih diatas doa dari semua. Okaylah daddy nak on duty,” ujarnya lagi.

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen turut tumpang gembira selain turut menitipkan ucapan tahniah buat Fizo dan isteri.

Fizo dan isterinya, Fazeera Nazri berkahwin pada Oktober tahun lalu selepas lebih setahun berkenalan.

Fizo pernah berkahwin dengan usahawan, Mawar Karim pada November 2013 namun bercerai pada 10 Julai 2019.

Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan seorang anak perempuan Wan Maryam.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Sumber & Kredit Foto: Instagram Fizo Omar

IKLAN