“Antara Bola Dengan Mommy, Daddy Tetap Pilih Bola!,”- Cecah 28 Tahun, Isteri Fad Bocey Titip Ucapan Bersemut Buat Suami

Share

Hari ini genap usia pelawak, Fad Bocey yang ke 28 tahun.

Momen indah itu dikongsikan isterinya, Nur Syahirah apabila dia telah meraikan ulang tahun hari jadi Fad di Kuala Lumpur malam tadi.

“Selamat hari jadi daddy .. mommy tkda hadiah yg lgi special dri bwkkan family daddy dri johor utk sama2 celebrate birthday daddy taun ni .

“sbb mommy tau daddy mesti happy bila tengok mak abah daddy ada skali .thanks @mfrznz_bersekongkol bwkkan mak abah .gigih ktorang sembunyikan mak abah dkt rumah baru,” tulis Syaheera.

Syaheera juga sempat berseloroh dengan Fad apabila mereka tidak lagi meraikan majlis hari jadi secara berdua-duan dengan romantik kerana sudah memiliki tiga orang anak.

“Dh hbes dh zaman nk konon celebrate romantik berdua bilamana anak kau dh berderet pastu kau feeling lgi nk romantik .baik kita berkumpul sama2..

“Moga utk kalini daddy sentiasa di dalam perlindungan Allah swt ,dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur .bahagiakan dan mewahkan la kami dgn kasih sayang..

“Itu yg paling mommy nak dlm keluarga kita .klu la boleh keluarkan hati ni tunjuk kt daddy betapa sygnya mommy dkt daddy .thank you selama ni selalu jdi yg trbaik (yg tk baik sbb antara bola dgn mommy daddy tetap pilih bola!)love you husband,” tulis Syaheera.

Lalu, netizen telah menitipkan ucapan hari jadi buat Fad atau nama sebenarnya Muhamad Fadzlie Mohd Nizam.

Apa-apa pun, selamat hari jadi buat Fad, semoga panjang umur dan bahagia Bersama keluarga tersayang.

Foto : Instagram fad Bocey

IKLAN