Anne Ngasri Berat Hati Lepaskan Anak Bujang Ke Sekolah Asrama Penuh – “Jarang Sekali Berpisah, Tapi Saya Kuatkan Juga.”

Share

Berat hati pelakon dan penerbit, Datin Anne Ngasri, bagi melepaskan anak sulungnya, Abdul Warits, 16, yang mula mendaftar di sekolah berasrama penuh, Kolej Yayasan Saad, di Durian Tunggal, Melaka pada Ahad.

Jarang-jarang sekali berpisah, Anne atau nama sebenarnya, Naszriah Ngasri, 38, berkata walaupun keputusan itu cukup berat namun demi masa depan anaknya, dia mengizinkan.

“Ini bukanlah keputusan yang mudah, jarang sekali berpisah dengan anak-anak. Tetapi demi kebaikan dan masa depannya, saya kuatkan juga.

“Semoga Warits belajar rajin-rajin dan ingatlah tiada benda yang mudah digapai. Usaha pasti berjaya,” tulis Anne di Instagramnya.

Di ruangan komen, rakan selebriti seperti Fara Fauzana, Anita Baharom dan Zarina Zainuddin turut mendoakan semoga segala urusan Warits dan Anne dipermudahkan.

“Yang baik-baik sahaja Warits! Siapa-siapa kacau jangan panggil Mama (Anne). Panggil Auntie Fara atau Auntie Darling saja,” usik Fara.

“Semoga Allah permudahkan segalanya, semoga menjadi anak yang bijak pandai dan soleh,” tulis Zarina.

Anne yang popular dengan drama bersiri Dunia Baru itu mempunyai lima cahaya mata iaitu tiga daripada perkahwinan pertama iaitu Abdul Warits, 16, Abdul Wafri, 14, Nazharah Afroza, 12.

Perkahwinan bersama suami, Datuk Mohd Sumali Reduan, pasangan itu dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Sufi Harraz, 9, Nefa Naura, 4.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Foto: Instagram Anne Ngasri

 

IKLAN