Cef Selebriti, Anis Nabilah bersyukur dan teruja apabila menerima Anugerah Platinum membabitkan hasil pendapatan daripada gabungan perniagaan dari tahun 2019 hingga 2020, sekaligus menjadikan dia antara selebriti yang meraih pendapatan tinggi di bawah pengurusan Universal Music Malaysia.
Menurut Anis, 35, atau nama sebenarnya Anis Nabilah Umaruddin, kejayaan itu menjadi antara pencapaian yang boleh dibanggakan sepanjang lebih 13 tahun pembabitannya sebagai cef selebriti.
“Saya antara selebriti di bawah pengurusan Universal Music Malaysia. Anugerah Platinum yang diberikan saya anggap sebagai pencapaian terbaik sejak mula bersama mereka pada 2019 lalu.
“Diakui sejak bersama mereka memang nampak peningkatan dalam kerjaya dan jenama saya. Bukan saja dari segi pendapatan, pengikut dan nama, tapi saya dapat mengukuhkan jenama sendiri sehingga ke peringkat antarabangsa.
“Jadi, saya berasa sangat bertuah kerana ada jenama besar di belakang saya. Ramai tidak tahu yang mereka adalah syarikat yang sangat versatil yang mana memberi dan membuka peluang pada mana-mana bakat untuk diketengahkan ke peringkat lebih jauh.
“Buktinya, mereka berjaya mengurus dan membawa kerjaya saya berada pada tahap sekarang,” katanya.
Jelasnya lagi, sejak diwakili syarikat itu ia sedikit sebanyak memudahkan lagi dirinya berkolaborasi dengan lebih banyak jenama dan syarikat antarabangsa.
Ads
“Apabila bersama mereka, kalau saya nak berkolaborasi dengan mana-mana jenama atau sesiapa saja, ia lebih mudah. Apatah lagi mereka memang memberi kepercayaan pada artis dan sanggup melabur. Paling penting, mereka akan beri masa dan tenaga untuk kembangkan jenama saya.
“Memandangkan saya cef selebriti, jadi mereka belajar selok belok kerjaya saya. Disebabkan itu, saya dapat bekerjasama dan berkolaborasi dengan banyak jenama terkenal lain. Pendek kata, bukan hanya nak letak muka saya saja, tapi mereka ambil tahu dari awal sampai akhir selain sokongan padu yang diberikan,” katanya.
Berkongsi lanjut kerjasama terjalin dengan Universal Music Malaysia, Anis berkata apa yang dicapai hari ini juga adalah berkat saling percaya antara kedua belah pihak.
Ads
“Sebelum ini saya dengan syarikat pengurusan Kartel yang kemudiannya bergabung dengan Universal Music Malaysia dan Def Jams Southeast Asia. Kebetulan saya duduk bersembang dengan Pengarah Urusan Universal Music Malaysia, Kim Lim. Saya cakap apa yang nak dicapai dalam industri ini. Jadi kami terus bincang. Malah, dia faham apa saya nak.
“Walaupun hanya bersembang, tapi kami terus serasi. Dia ada kepercayaan pada saya. Tidak banyak perbincangan dibuat sebelum saya memberi kata putus untuk menyertai mereka. Sejak itu kami terus bincang apa yang saya mahu dan perancangan ke depannya.
“Kalau nak bercakap dari segi kontrak, memang tidak ditetapkan pun lagi berapa lama. Setakat ini kedua-dua pihak seronok bekerjasama. Apa yang pasti masing-masing nak mara ke depan dan bersama-sama teroka lebih banyak perkara dalam bidang ini,” katanya.
Ads
Anis turut melahirkan rasa syukur apabila sepanjang pandemik Covid-19 melanda negara tahun lalu dia masih dihujani pelbagai tawaran kerja.
“Tahun lepas ketika Covid-19 menular dalam negara, ramai terkesan. Tapi saya alhamdulillah masih okay dan ada tawaran kerja yang tak putus. Ada juga kolaborasi dengan pihak antarabangsa iaitu Tasty dengan membuat kandungan masakan untuk mereka.
“Saya orang Malaysia pertama yang kolaborasi dengan mereka. Ketika itu saya buat dua resipi masakan Malaysia.
“Insya-Allah, untuk seterusnya saya merancang nak menerbitkan buku sendiri. Tahun lepas saya sudah buat buku dengan Thermomix. Jadi, kali ini kalau boleh saya nak ada buku sendiri pula dan boleh pasarkan ke peringkat antarabangsa.
“Selain itu, saya juga nak lebih banyak bekerjasama dengan jenama antarabangsa. Bukan apa, saya nak berkongsi masakan Asia terutama Malaysia,” katanya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pengarah dan penerbit, Shahrulezad Mohameddin memaklumkan keadaan kesihatannya kini telah pun beransur pulih daripada wabak Covid-19.
Menurut Shahrulezad atau lebih mesra disapa Budak Ijat, tahap oksigennya kini telah kembali ke paras normal malah, deria rasa dan baunya juga sudah tidak mempunyai masalah.
Katanya lagi, dia sememangnya berasa amat bersyukur kerana Allah masih lagi memberinya nikmat kesihatan yang baik selepas ditimpa musibah.
“Muka pasca Covid. Alhamdullilah. Keadaan abam semakin sihat. Level oksigen dah kembali kearas 98. Dada pun tak sempit lagi. Selera makan. Deria baru dan rasa dah kembali normal.
“Terima kasih Allah kerana meminjamkan lagi baki usia untuk abam. Syukur yang tak terhingga,” tulisnya.
Perkhabaran tersebut dikongsikan sendiri oleh pengarah drama popular, Nur itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.
Dalam pada itu, Shahrulezad turut mengingatkan orang ramai supaya sentiasa menitikberatkan soal kesihatan bukan sahaja daripada wabak Covid-19 tetapi penyakit-penyakit lain juga.
“Korang semua jaga diri okie. Jaga SOP seketat yang mungkin. Covid masih berada di mana mana sekarang. Lagi satu tolong hati-hati bila makan di luar sekarang.
“Di Selangor dah ada satu kes taun/kolera di daerah Petaling. So please take an extra care. Kalau boleh bawak la bekal air putih sendiri dari rumah.
“Jangan percaya sangat dengan air kosong yg kita order di kedai mamak especially yg ada air batu tu. Lebih baik kita berjaga jaga dari kita terkena,” kongsinya lagi.
Dikesempatan itu juga, Shahrulezad turut menitipkan doa semoga kita terhindar daripada sebarang wabak penyakit.
“Abam doakan yang baik baik saja untuk kita semua okie. Pohon Allah lindungi kita semua dari segala malapetaka bala bencana dan segala penyakit yg ada di muka bumi ini. Amin Ya Rabbal Alamin. InsyaAllah,” ujarnya lagi.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan artis menzahirkan rasa lega selain turut berharap agar Shahrulezad dapat pulih sepenuhnya daripada wabak Covid-19.
“Alhamdulillah, Allah baik bang. MasyaAllah.
“Happy tengok abang happy.
“Syukur Alhamdulillah. Fresh face.
“Semoga Budak Ijat lekas sembuh total. Amin,” antara komen-komen netizen di laman Instagram.
Sebelum ini, Shahrulezad telah menerima rawatan di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC), Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) selapas disahkan positif Covid-19.
Malah, pemenang anugerah bagi kategori pengarah pilihan di Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur 2019 turut telah dipindahkan ke Hospital Sungai Buloh selepas tahap oksigennya menurun secara mendadak.
Sumber: Instagram Shahrulezad Mohameddin
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Bersempena dengan ulang tahun kelahiran, penyanyi dan pelakon Siti Nordiana atau lebih mesra dengan panggilan Nana mengharapkan doa moga jadi individu yang lebih beriman serta beramal soleh kepadaNya.
Pada masa sama, penyanyi yang sudah genap mencecah usia 37 tahun itu meminta doa semoga dirinya menjadi insan kuat dan tabah mengharungi ujian hidup.
Menerusi Instagram, penyanyi Angkara Cinta itu turut berkongsi beberapa keping foto ketika majlis keraian.
“Alhamdulillah masih diizinkan Allah untuk menyambut birthday ke 37. Doakan nana bertambah iman, seterusnya menjadi hambaNya yg beriman & beramal soleh dan kuat menghadapi segala ujian.
“Tq atas semua ucapan dan doa kalian buat nana .And tq sahabat2 nana yg buat suprise bday untuk nana semalam,” tulisnya sebagai kapsyen disusuli kredit.
Hampir setahun terjun secara rasmi dalam dunia hiburan mainstream lokal, nama penyanyi Killa Driz,22, mungkin masih baharu bagi sebilangan besar peminat.
Namun menerusi ‘underground scene’, lagu-lagu nyanyiannya nyata mendapat sambutan baik yang sekali gus membuatkan bintang muda ini sudah mulai mengumpul peminat tersendiri.
Meskipun sudah ‘berhijrah’, dia gembira apabila masih mengekalkan bunyi underground seperti mana yang sudah diperjuangkan sejak berusia 15 tahun lagi.
“Dahulu memang ada yang mengatakan pemain underground scene yang mahu ke mainstream perlu menukar ‘bunyi’ untuk diterima. Bagi saya perkara berkenaan mungkin benar atau mungkin juga tidak, bergantung kepada rezeki.
“Pendengar boleh sahaja menerima apa sahaja muzik asalkan mereka suka dan lagu tersebut kena dengan mereka. Dunia sudah berubah dan orang boleh menerimanya,” katanya.
Biar kebanyakan rakan seangkatan masih mahu kekal dalam underground scene, dia bagaimanapun menyifatkan perkara tersebut adalah satu kebiasaan memandangkan masing-masing mempunyai strategi untuk kekal relevan dalam memasarkan muzik mereka.
Sejak melancarkan lagu Siapa Tahu bulan Mac yang lalu, Killa Driz menganggap perjalanan yang dilaluinya penuh warna warni. Transisi perubahan sedang dilalui olehnya dengan penuh keterujaan.
“Untuk diterima ramai bukan satu perkara yang mudah memadangkan saya perlu dilihat berbeza, perlu ada kelainan untuk diterima ramai sementelah industri muzik kita kecil.
“Tidak dinafikan banyak saingan daripada rappers baharu yang muncul, jadi saya perlu cari kelainan. Apa yang paling penting attitude perlu dijaga memandangkan tidak semua orang menerima kita kerana produk sahaja.
“Ada orang melihat peribadi juga. Daripada peribadi barulah mereka mengenal lagu dan sebagainya,” katanya yang sudah menghasilkan lagu Siapa Tahu, Sedar Ku, Kena Sidai dan Berserah.
Bercerita mengenai perkembangan terbarunya pula, Killa Driz gembira apabila lagu Berserah gandingan bersama Sabbala, A-Kid dan LastKhalif menjadi runut bunyi untuk drama Tikam lakonan Fahrin Ahmad, Ben Amir, Intan Najuwa, Micheal Ang dan ramai lagi.
Drama berkenaan ditayangkan bermula 3 November lalh, setiap hari Rabu, pukul 9.30 malam di saluran Astro Ria (CH 104) di bawah jenama Gempak Original Series.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Selepas 11 tahun melalui kehidupan sebagai ibu tunggal, Erra Fazira mengakui keputusan untuk kembali mendirikan rumah tangga bukan sesuatu yang mudah selepas sekian lama...