Personaliti masakan terkenal, Chef Zam ada menitipkan doa buat allahyarham ibunya, Chick Binti Minah yang telah kebali ke rahmatullah pada Ahad lalu.
Di dalam doanya itu, Chef Zam memohon agar ibunya ditempatkan di syurga selain turut mendoakan agar dia dan keluarga diberi kekuatan untuk menempuh dugaan ini.
“Ya Allah Ya Tuhanku jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya keramat hidup ku dan berilah kesabaran kepada aku dan ahli keluarga ku.
“Semoga roh Ma yang menjadi darah daging ku di tempatkan di Jannah tanpa hisab bersama para Syuhada.
Ads
“Ya Allah Tuhan yang Maha Esa, angkatlah bebanan kesedihan & keperitan maha berat ini dari hidupku, kurniakan aku kesabaran yang tinggi.
“Sesungguhnya aku redha dengan segala ketentuan Mu ya Allah. Ameeen YRA,” tulisnya.
Rasa sedih tersebut dikongsikan Chef Zam menerusi akaun Instagram miliknya.
Ads
Menurut Chef Zam lagi, meski dugaan ini amat berat baginya, namun dia tetap reda dengan segala ketentuan yang telah ditetapkan oleh Allah S.W.T.
Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen menitipkan ucapan takziah selain turut berdoa agar Allahyarham ditempatkan di kalangan orang beriman.
Ads
Terdahulu, Allahyarham Chik Minah yang menghidap Pneumonia sebelum ini telah dirawat di hospital dan sentiasa ditemani oleh Chef Zam dan anak saudaranya.
Jenazah telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Seksyen 9, Kota Damansara.
Sumber: Instagram Chef Zam
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon asal Singapura, Hannah Delisha kini tampil ayu dengan mengenakan hijab, sejak empat hari lalu.
Bintang yang dikenali menerusi drama Mencintaimu Mr Photographer menerusi Berita Harian menjelaskan, dia mulai pasang niat untuk bertudung sejak Ramadan.
“Jika ikutkan, saya sudah berniat mahu memakai hijab sejak Ramadan lalu. Bagaimanapun, disebabkan terikat dengan komitmen drama Cinta Sekali Lagi, niat berhijrah terpaksa ditangguhkan dahulu.
“Namun, saya tidak menangguhkan hasrat sebaik selepas penggambaran. Semoga saya terus istiqamah. Alhamdulillah.
“Saya mula bertudung sejak empat hari lalu. Namun, hanya berkongsi berita penghijrahan dalam laman sosial, semalam,” katanya seperti yang dipetik.
Pelakon senior, Norish Karman ada berkongsi kisah mengenai realiti kehidupan segelintir wanita masa kini.
Menurutnya, wujud segelintir pihak yang dikatakan seolah-olah kurang senang dengan kehadirannya untuk dijadikan teman lebih-lebih lagi dengan statusnya sebagai seorang janda.
“Yer betul NK ni membosankan. Sekadar ibu tunggal lapan orang anak yang bergantung padaku.
“Dah la janda tak kaya tak glamour kan macam korang-korang ada laki ada harta sebab korang bawah sikit dari dumblonde tanpa laki korang kerja kerani pun blum tentu lulus.
“Sebab ada laki la korang boleh kaut duit buat business. Ada laki la bole yak yak yeehh sana sini macm Happy Family Til Jannah .
“Padahal tak bahagia masing-masing ada extra affair tapi demi status demi kekayaan, so tak bole la kawan dengan janda macm aku nanti takut rampas laki korang erk atau rampas tunang korang erk?,” tulisnya.
Kenyataan tersebut dikongsikan oleh pelakon yang popular menerusi drama Spa Q itu di akaun Instagram miliknya.
Tambah Norish lagi, dia juga mempunyai alasan sendiri mengapa memilih untuk tidak berkahwin lagi buat masa ini.
“Hagak-hagak la, janda pun ada taste maa. Wa baru 46 bukan 96 years old ma. Jejaka bawah umur 30 tahun pun beratur nak kawin wa maaa. Siap mak ayah dorang pun sayang wa ma.
“Tetapi wa yang tak nak. NK belum bersedia untuk ketepikan anak-anak dan ibu bapa yang mendoakan kejayaan ku. Still long way to go to achieve success for my kids life.
“Korang kata apa ,NK dah tak relevan kerana IG followers tak juta2? Well dalam ig ni semua genuine followers. wa tak beli sebab Wa tak reti fake my life. what you see us what you get. What u see is what i am with my kids.
“Cuma kami takdelah nak upload muka sedih ke muka rak makan. Socmed ni kena upload yg helok-helok yang positive tapi bukan la sampai fake your happiness tu korang la dengan fake life korang.
“Ada mulut2 kata ,NK tiada kepentingan melainkan NK bijak mengampu dan bersosial. Maka yang konon kaya bergaul dengan yang have-have saje..
“Yang konon ada pangkat bersosial dengan yang berstatus mewah dan berjaya saje.
Yg kini ada business besar business hebat ada mentor la ada leader la bagai dah takde masa sbb ive nothing,” jelasnya lagi.
Dalam pada itu, Norish turut menyifatkan bahawa dia kini lebih berminat untuk mendalami ilmu agama berbanding memberikan fokusnya terhadap perkara lain.
“Aku telah pilih untuk tenggelamkanlah diri ku dalam lautan tasawuf yang akan membawa diri setiap individu mengecap kebahagiaan yang hakiki.
“Islam akan menjadi kuat apabila pendukungnya adalah mereka yang berjaya menundukkan hawa nafsu kedunianya . Islam akan kelihatan indah pada mukmin yang jiwanya terpancar rahasia makrifat .
“Allah tidak memandang fisik manusia, maka dari itulah mari kita sama “melihat kedalam hati kita masing”.
“Kan sudah dipesan-pesan bahawa orang yang bijak adalah orang yang mengingati mati. Bukan orang-orang yang menikmati duniawi. Kamu yang mane erk?,” akhirinya.
Sumber: Instagram Norish Karman
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Wartawan tersohor merangkap Pengarang Urusan Astro Awani, Ashwad Ismail meluahkan bahawa dia berasa amat berbesar hati apabila diberi kepercayaan untuk menjadi ‘tukang cerita’ untuk dokufilem khas, ‘Malaysia vs. Covid-19: #KitaJagaKita’.
Menurut Ashwad, sebagai editor pengurusan, dia bersama tenaga kerja yang lain sudah melihat pelbagai kisah yang berlaku sepanjang penularan virus Korona ini.
“Apabila Astro mengambil keputusan untuk menerbitkan sebuah dokumentari mengenai Malaysia vs COVID-19, sebagai managing editor untuk Astro Awani, sudah tentu kami melihat banyak kisah-kisah yang berlaku bukan sahaja di Malaysia malah di seluruh dunia.
“Jadi kami berbesar hati untuk meceritakan semula kepada masyarakat dan mengingatkan semula kepada mereka bahawa perang ini belum tamat. Musuh yang tak terlihat.
“Sebagai saluran berita 24 jam negara, jenama berita yang dipercayai, ‘the home of breaking news’ terutama di Malaysia, memang banyak yang ingin kami ceritakan.
“Dua perkara yang ditekankan adalah pertama ‘Perang Belum Tamat’ dan kedua ‘menyerlahkan kekuatan kita selaku rakyat Malaysia sebagai masyarakat terbaik dalam menangani krisis’,” katanya kepada MH
Merupakan antara barisan hadapan yang menyumbang bakti, Ashwad turut berkongsi suasana sebenar di bilik berita pada ketika itu;
“Satu prinsip kewartawanan yang kami pegang, ‘We are at best under pressure, we are at best dealing with crisis,’ itu merupakan falsafah asas.
“Bila krisis berlaku, kami di Astro Awani kena pastikan segala perincian yang ada dan soalan yang ada, kami kena cari jawapannya.
“Bagaimana keadaannya, kami berpecah kepada dua fasa, 48 jam sebelum PKP diumumkan kita pecahkan pasukan dan agihkan peranan masing-masing.
“Kita kena ada dua pasukan, jika satu pasukan tumbang kita ada pasukan lain yang bersiap sedia. Sebab ini lumrah saluran berita 24 jam.
“Bila kami di lapangan, suasananya agak berbeza. Jika sebelum ini kita nak elak peluru kita tahu musuh dari arah mana, tapi kali ni musuh pun kita tak tahu di mana.
“Perkara yang paling penting, saya selalu ingatkan wartawan dan editor kami untuk persiapkan diri patuh SOP, jaga kesihatan dan pastikan stamina ditahap terbaik.
Dalam pada itu, Ashwad turut menjelaskan bahawa rakyat malaysia tidak seharusnya melepaskan peluang untuk menonton dokumentari khas yang disediakan oleh pihak Astro ini.
“Dokufilem ini menyerlahkan satu realiti ketika mana kita sedang berhadapan dengan COVID-19 dan perang belum tamat.
“Kedua, orang ramai kena faham jerih payah yang dihadapi oleh masyarakat pelbagai segmen. Mereka ini semua memberi gambaran bahawa ‘Inilah Malaysia’ dan kita semua adalah frontliners.
“Dokufilem ini bukan pengakhiran tetapi ia hanyalah satu peringatan ikhlas buat kita semua bahawa COVID-19 masih ada,” akhirinya.
Dokufilem “Malaysia vs. Covid-19: #KitaJagaKita” akan disiarkan pada 12 September jam 6.00 petang eksklusif di saluran Astro Ria, AEC, Vinmeen HD, Hello & Astro Awani atau strim di Astro GO.
Pelakon Shaheizy Sam mengakui terkejut apabila menerima khabar mengenai keadaan kesihatan abang iparnya, yang juga Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin, dilaporkan semakin kritikal sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir awal pagi tadi.