Buat penggemar filem tamil tempatan, nama Denes Kumar bukanlah satu yang asing.
Denes merupakan antara pelakon, pengarah dan penerbit terkenal yang telah menghasilkan pelbagai naskhah hebat dan yang paling sukses sudah tentulah filem trilogi Vilaiyaatu Pasange, Vetti Pasanga dan Vedigundu Pasangge.
Apa yang menarik perhatian MH adalah kemampuan Denes untuk menggarab filem-filem yang sangat dekat dengan masyarakat terutamanya buat bangsa India.
Menerusi tiga filem ini juga, pengarah berusia 42 tahun ini ingin menekankan bahawa ilmu sememangnya sangat penting dan akan mempengaruhi pemilihan hidup seseorang.
Malah, Denes juga mahu mengubah stereotaip bahawa kaum India sering terlibat dengan gejala jenayah. Menurutnya, masalah jenayah ini bermula kerana salah memilih rakan dan pergaulan yang terlalu bebas.
Pada masa sama, bapa kepada dua orang cahaya mata ini ingin memaparkan realiti bahawa tidak semua wanita mampu menjadi ibu yang baik dalam mendidik anak-anak.
Selepas sukses menerusi tiga filem ini, Denes meneruskan kesinambungan dengan menghasilkan drama siri Pasanga yang kini sudah memasuki musim kedua.
Bukan setakat itu, Denes juga dikira bertuah selepas terpilih untuk mengacarakan sebuah program travelogue yang berjudul ‘KL 2 Karaikudi’.
Dalam program ini, Denes harus mengembara sehingga ke negara India dengan menaiki motosikal berkuasa besar bersama rakan pengacara wanita daripada Singapura.
Ads
Penggambaran yang memakan masa selama 100 hari ini memaparkan keindahan sepanjang perjalanan menuju ke India.
Pada masa sama, Denes sempat berseloroh bahawa program ini sedikit sebanyak membuatkan isterinya berasa cemburu.
Berkongsi mengenai program menarik yang boleh ditonton di aplikasi Astro Go dan sooka, Denes menyarankan untuk menonton program paranormal, Pei Vettai dan drama Mente dan Tamiletchumy.
Menurut Denes, ke semua program ini mempunyai kualiti yang sangat baik dan sesuai ditonton bersama keluarga.
Ads
Dalam pada itu, Denes turut memaklumkan dirinya juga suka menonton program-program berbahasa Melayu yang ditayangkan di Astro Go dan sooka, seperti Travel Lawak Projek Bapak-Bapak.
Menurut Denes, program seperti ini sememang sangat menghiburkan lebih-lebih lagi apabila dapat bercuti dan melakukan pelbagai aktiviti menarik bersama rakan-rakan baik.
Katanya lagi, dia juga berkemungkinan akan melakukan hal-hal yang sama ketika menginjak usia sebegitu nanti.
Malah, Denes yang juga merupakan penyanyi turut mengagumi kebolehan artis-artis tempatan yang bersaing di program The Hardest Singing Show.
Ads
Jelas Denes, para artis ini sanggup mengambil risiko demi menampilkan persembahan luar biasa.
Katanya, sekiranya usianya masih muda, berkemungkinan besar dia juga akan sertai program berkenaan.
Terdahulu, jika anda ingin menonton drama atau program tv yang dicadangkan oleh Denes itu, jom usha secara On Demand dan strim di Astro Go dan sooka, bila – bila masa dan di mana sahaja korang berada.
Bukan setakat itu, korang juga boleh mengimbau nostalgia dengan menonton program-program terbaik yang pernah disiarkan di platform Astro dan sooka. Jom usha sekarang.
Saksikan video penuh temu bual Denes Kumar ini di saluran Youtube Astro Malaysia.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Mahkamah Sesyen Jakarta Selatan telah membuat keputusan dalam kes perceraian antara pengacara dan pelakon terkenal, Ruben Onsu dan isterinya, Sarwendah Tan. Keputusan ini dibuat secara verstek, iaitu tanpa kehadiran pihak plaintif iaitu Ruben Onsu.
Menurut laporan portal berita tempatan, proses ini diumumkan melalui Aplikasi Sistem Informasi Penelusuran Perkara (SIPP), sebuah platform e-mahkamah untuk perbicaraan dalam talian.
Jurucakap Mahkamah Sesyen Jakarta Selatan, Tapanuli Marbun, mengesahkan bahawa tuntutan cerai Ruben Onsu terhadap Sarwendah telah diputuskan selepas beberapa kali perbicaraan.
“Jadi, selepas beberapa kali perbicaraan, tuntutan perceraian yang difailkan oleh Encik Ruben Onsu terhadap isterinya telah diputuskan hari ini secara verstek oleh panel hakim di Jakarta Selatan,” kata Tapanuli Marbun di Mahkamah Sesyen Jakarta Selatan
Dalam tuntutan tersebut, Ruben Onsu tidak memasukkan tuntutan berkaitan hak penjagaan anak atau pembahagian harta sepencarian. Oleh itu, panel hakim hanya meluluskan permohonan cerai yang difailkan oleh Ruben.
“Keputusan mahkamah adalah meluluskan permohonan tersebut secara keseluruhannya, yang menyatakan bahawa perkahwinan di antara pemohon dan responden dibubarkan disebabkan perceraian,” katanya.
Tapanuli juga menegaskan bahawa tiada tuntutan berkaitan hak penjagaan anak atau pembahagian harta, jadi kedua-dua perkara tersebut tidak diambil kira dalam keputusan mahkamah.
“Sejak dari awal, sama ada berkaitan harta sepencarian mahupun hak penjagaan anak, ia tidak pernah diminta oleh pemohon, jadi panel hakim tidak mempertimbangkan perkara-perkara tersebut,” tambahnya.
Sebelum ini, Ruben Onsu telah terlebih dahulu memfailkan perceraian terhadap Sarwendah melalui wakil perundangannya, Minola Sebayang, pada 9 Jun 2024.
Imbas kembali, Ruben Onsu berkahwin dengan Sarwendah Tan pada 22 Oktober 2013. Mereka dikurniakan dua orang cahaya mata perempuan iaitu Thalia Putri Onsu dan Thania Putri Onsu yang kini masing-masing berusia 9 dan 5 tahun.
Selain dua anak perempuan kandung, Ruben dan Sarwendah memiliki seorang anak angkat, Betrand Putra Onsu, yang kini berusia 19 tahun.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
Pelakon Mia Ahmad mengenang momen sewaktu pertama kali hatinya terdetik untuk berhijrah ke arah yang lebih baik.
Menurut Mia atau nama sebenarnya Samihah Ahmad Baderi, kisah hijrahnya bermula selepas dia memutuskan untuk berhenti berkerja dari sebuah syarikat penerbangan tempatan.
Ulasnya lagi, berkat didikan yang diberikan oleh kedua ibu bapa, dia nekad untuk mendalami lagi ilmu agama.
“Kita semua ada zaman kegemilangan itu. Bagi saya, kisah hijrah saya bermula selepas saya berhenti daripada sebuah syarikat penerbangan dengan uniform skirt merah.
“Waktu tu saya masih mencari cari diri saya sebenarnya tapi sebab basic pengetahuan ilmu agama yang diberi oleh ibu bapa dari kecik, saya tahu perubahan besar ni akan memberi impact besar juga dalam hidup saya,” tulisnya.
Kisah tersebut dikongsikan oleh isteri kepada pemain bola sepak Johor Darul Takzim, Izham Tarmizi itu menerusi sebuah hantaran di laman Instagram.
Dalam pada itu, Mia turut mendedahkan perjalanan hijrahnya turut diuji dengan pelbagai cabaran terutamanya dari segi pendapatan.
Bagaimanapun, ibu kepada empat orang cahaya mata ini tetap bersyukur kerana Allah sentiasa memudahkan urusannya.
“Betul la, bila kita menuju ke jalan Allah, satu satu Allah bukakan jalan untuk kita.
“Masa tu tak berhijab lagi, tapi niat tu dah ada cuma kerja dah tak ada waktu tu dengan commitment yang tinggi, hutang credit card lagi nak bayar (waktu spend dulu tak ingat) memang saya lost tapi saya percaya dengan rezeki dan pertolongan Allah S.W.T,” kongsinya lagi.
MH sempat menjengah ke ruangan komen hantaran berkenaan, rata-rata netizen kagum dengan kisah tersebut selain turut mendoakan agar Mia akan terus kekal istiqamah dalam hijrahnya.
“Semoga Allah kurniakan hidayahnya untuk Mia tanpa henti hingga akhir usia. Moga diberikan kekuatan dan terus istiqomah.
“Love your hijrah journey babe.
“Love dengan Mia dari awal kemunculan dalam bidang seni hingga kini.
“Semoga Allah sentiasa permudahkan urusan awak,” antara komen-komen netizen di Instagram.
Sekadar info, Mia dan Izham telah pun mendirikan rumah tangga mereka pada tanggal 13 Januari 2017.
Hasil perkongsian hidup selama tujuh tahun itu, pasangan merpati dua sejoli ini dikurniakan empat orang cahaya mata sebagai penyeri hidup mereka.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Kumpulan muzik terkenal antarabangsa, Linkin Park membuat kejutan dengan memperkenalkan vokalis baharu mereka selepas 7 tahun kematian Chester Bennington.
Paling menggemparkan, vokalis baharu ini merupakan seorang wanita. Dikenali sebagai Emily Amstrong, wanita berusia 38 tahun itu merupakan bekas vokalis Kumpulan Dead Sara selain mula bermain muzik sejak usia 12 tahun lagi.
Membuat kemunculan sulung penuh bertenaga dalam satu persembahan baru-baru ini. Nyata, vokal Emily cukup sesuai dengan lagu-lagu Linkin Park dan dia meraih komen positif daripada para peminat Kumpulan itu.
Selain Emily, kumpulan itu juga turut memperkenalkan pemain dram baharu, Collin Brittain. Mike Shinoda, salah seorang ahli Linkinpark berkongsi dalam satu kenyataan mengenai dua figura baharu dalam kumpulan mereka itu.
“Semakin banyak kami bekerja dengan Emily dan Colin, semakin kami menikmati bakat bertaraf dunia mereka, kehadiran mereka dan perkara yang kami cipta.
“Kami berasa benar-benar diperkasa dengan barisan baharu ini dan muzik baharu bertenaga yang dihasilkan bersama,” jelasnya
Kumpulan ini akan melancarkan album baharu yang diberi judul From Zero pada 15 November akan datang. Album tersebut melambangkan simbolik masa lalu, kini dan akan datang Linkin Park.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon terkenal siri Sex and the City, Kim Cattrall, selamat bergelar isteri kepada pasangannya, Russell Thomas, dalam satu majlis perkahwinan serba sederhana yang berlangsung...