Hiburan

“Anggota Okay Sahaja, Yang Bukan Tu…,” – Ryan Bakery Nafi Persenda Polis, Video Roadblock Papar Ragam Masyarakat

Share

Personaliti media sosial, Ryan Bakery tidak berniat untuk mempersenda pihak polis ketika memuat naik video parodi berkisarkan sekatan lalu lintas, baru-baru ini.

Ryan atau nama sebenarnya Muhammad Ryan Fahmi Bakery berkata, konten tersebut hanyalah sekadar hiburan yang memaparkan ragam masyarakat kita sendiri bila berhdapan situasi sedemikian.

“Konten itu hanya untuk suka-suka sahaja. Selalu kalau kita jumpa roadblock, muka abang-abang polis biasanya garang. Jadi, saya selitkan sikit komedi seperti masukkan kepala dalam tingkap.

“Soalan-soalan yang saya digunakan pun yang selalu kita dengar dan lalui,” katanya kepada MH.

Ryan berkata sedemikian ketika ditemui di majlis berbuka puasa Indigital Music & FYP Media, baru-baru ini.

Pada masa sama, penyanyi lagu Raya Last Minit ini turut mendedahkan dirinya mendapat respon positif daripada kalangan anggota polis di media sosial.

“Abang-abang polis pun ramai juga yang komen. Mereka pun okay sahaja dengan konten saya itu.

“Cuma yang bukan polis ni sahaja yang kata saya persendakan pihak polis. Saya tiada niat pun nak persenda mereka.

“Saya pun ada tengok keadaan juga hari itu. Kalau responnya terlampau negatif, saya akan turunkan video tersebut tapi alhamdulillah semuanya okay sahaja,” ujarnya lagi.

Katanya lagi, kontennya itu tidak menggambarkan imej pihak polis secara keseluruhan.

“Saya hanya melakonkan sahaja ragam masyarakat. Pada saya, tak semua polis berpewatakkan seperti dalam video saya ni. Ada juga yang okay dan mesra rakyat.

“Mereka tak ambil hati pun. Ramai anggota polis dan kawan-kawan polis saya mesej yang mereka juga terhibur dengan konten tersebut,” akhirinya.

Sehingga kini, video parodi sekatan lalu lintas itu telah pun meraih 9 juta tontonan di Tik Tok.

Sebelum ini, isu yang sama pernah timbul ketika Ryan memuat naik video parodi petugas hospital yang betugas di kaunter.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

IKLAN