Uncategorized

Angelina Jolie Tidak Bercinta, Hanya Fokus Pada Anak-Anak

Share

Pelakon, Angelina Jolie kini banyak memberikan tumpuannya kepada keluarga berbanding mencari ‘cinta’ baru dalam hidupnya.

Sumber terapat aktres tersebut mendedahkan bahawa khabar angin mengatakan bahawa Jolie kini sedang bercinta dengan seorang ejen hartanah adalah tidak benar.

“Dia tidak bercinta! Angelina kini sangat fokus terhadap anak-anaknya dan tidak mempunyai masa untuk keluar berdating.

“Ada juga beberapa kali membuat pertemuan dengan beberapa lelaki tetapi itu semua untuk tujuan perniagaan,” kata sumber tersebut.

Sejak Jolie dan aktor, Brad Pitt bercerai pada tahun 2016 lalu, penjagaan sementara anak-anak mereka iaitu Maddox, 16 tahun, Pax, 14 tahun, Zahara, 13 tahun, Shiloh, 11 tahun dan kembar, Vivienne dan Knox 9 tahun adalah di bawah pelakon filem ‘Lara Croft’ manakala, Pitt hanya memperoleh hak lawatan terapeutik.

Tambah sumber tersebut lagi, Pitt tidak berpuas dengan hak penjagaan tersebut.

“Mereka (Angelina dan Brad) masih lagi membincangkan tentang penceraian dan hak penjagaan anak-anak.

“Bagaimanapun Brad tidak berpuas hati dengan keputusan hak penjagaan tersebut kerana dia mahu bertemu dengan anak-anaknya selalu namun berdepan dengan kekangan. Namun dia masih mampu bertahan,” kata sumber itu lagi.

Dalam pada itu, Brad juga kini dilihat sudah mula ‘move on’ apabila dilihat mempunyai kehidupan sosial yang aktif kini.

“Brad ada keluar ‘dating’ beberapa kali tetapi tiada yang serius memandangkan mempunyai hubungan dengan seseorang adalah merumitkan dan itu bukanlah satu keutamaan baginya,” kata sumber itu lagi.

sumber: Enews!

IKLAN