“Angah Sayang Mak, Jumpa Lagi 11 Jam,”- Jalani Pembedahan Major, Nadzmi Adhwa Mohon Peminat Doakan Ibu

Share

Pelakon, Nadzmi Adhwa, menerusi sebuah posting di Instagram memberitahu, ibunya kini dimasukkan ke hospital bagi menjalani satu pembedahan awal pagi tadi.

Menurut Nadzmi, dia berharap agar pembedahan tersebut berjalan dengan lancar dan ibunya itu bebas daripada sebarang masalah.

“Salam semua. Minta jasa baik kalian doakan ibu saya akan masuk ke bilik pembedahan pada pagi ini untuk major operation.

“Semoga Allah berikan kekuatan, ketenangan dan kelapangan hatinya, hapuskan segala penyakitnya dan dipermudahkan segala urusannya.

“Angah sayang mak ! Jumpa lagi 11 jam ya Kami semua tunggu mak,” tulisnya.

Difahamkan prosedur pembedahan tersebut bakal berjalan selama 11 jam.

Menerusi ruangan IG story pula , suami kepada pelakon, Ardell Aryana itu turut dilihat berkongsi suasana di hospital sebelum ibunya dimasukkan ke dalam bilik pembedahan.

Melihat di ruangan komen, rata-rata peminat dah rakan artis mendoakan semoga segala urusan sewaktu pembedahan dipermudahkan.

Malah, mereka turut berharap agar ibu kepada Nadzmi itu lekas sembuh seperti sedia kala.

Sumber: Instagram Nadzmi Adhwa

IKLAN