Andainya Takdir 2, Shukri Yahaya Disuruh Kurus?

Woww nampaknya nama Shukri Yahaya bakal melonjak sekali lagi dengan adanya kesinambungan drama Andainya Takdir.

Jika sebelum ini drama yang telah menimbulkan rasa geram dan tidak puas hati penonton, kali ini produser drama yang mendapat jumlah tontonan sebanyak 10 juta mengesahkan bakal mengeluarkan sekual kedua drama ini.

IKLAN

Melalui sebuah portal hiburan, A.Aida bakal menambahkan lagi kemarahan penonton terhadap watak-watak yang ada.

Sungguhpun begitu, MH Online agak geli hati apabila mengetahui team produksi drama bersiri terbabit mempunyai kesukaran mencari angle terbaik Shukri untuk tidak kelihatan terlalu besar di dalam kaca televisyen.

Malah menerusi temu ramah mStar Online, penerbit terbabit juga turut meminta Shukri untuk menguruskan badan sebelum memasuki set pengambaran Andainya Takdir 2.

IKLAN

“Jenuh tau nak ambil angle (posisi) agar semuanya nampak sempurna sebab Shukri agar berisi ketika. Saya harap untuk Andainya Takdir 2, dia boleh kurus dan tidak menyukarkan kerja jurukamera,” kata A.Aida yang kurang berpuas hati dengan fizikal Shukri ketika itu.

Apa pun MH Online harap Shukri berjaya menyahut cabaran A.Aida dan berjaya untuk menurunkan sedikit berat badan demi kesinambungan drama ini.

Sumber : mStar Online