“Andai Tak Punya Kerja, Memang Mudah Sangat Teringat Arwah,”- Khir Rahman

Share

Tanggal 12 Jun 2019 menjadi detik bersejarah buat pelakon,Khir Rahman apabila bapa kesayangan, Datuk A Rahman Hassan menghembuskan nafas terakhir akibat jangkitan kuman pada paru-paru dan lemah jantung.

Mahu mengabadikan momen indah bersama, Khir atau nama lengkapnya Khairulizam telah memuat naik video bapanya di Instagram.

Antara yg pernah saya jadikan story di IG.

“Arwah abah ketawa sendiri melihat telefon.. Ntah apa yg menggelikan hatinya.

Izinkan saya abadikan disini.  Hujung minggu andai tak punya kerja, memang mudah sangat teringat pada arwah,” tulisnya.


Menerusi video hitam-putih itu, arwah yang juga penyanyi popular era 1960-an, tersenyum sendirian sambil matanya menatap telefon bimbit.

Sehingga kini, video tersebut telah ditonton hampir 20,000 tontonan.

Terdahulu, Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada usia 73 tahun di Hospital Ampang akibat jangkitan kuman pada paru-paru dan lemah jantung.

Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Taman Keramat,Kuala Lumpur.

Allahyarham meninggalkan isteri, Datin Fadilah Mansor dan dua anak iaitu Khir Rahman dan Khairulazmi.

Anak kedua arwah, Allahyarham Khairul Ilmi meninggal dunia pada 2016 akibat kanser.

Video/Foto : Instagram Khir Rahman,Google

IKLAN