
Pelakon dan aktivis kemanusiaan, Nadzmi Adhwa tidak dapat menahan sebak ketika menghulurkan bantuan kepada seorang wanita yang juga antara mangsa terkesan akibat musibah banjir besar di Aceh, Indonesia.
Menurut Nazdmi, dia sendiri sukar membayangkan perasaan serta beban yang terpaksa ditanggung oleh setiap mangsa, lebih-lebih lagi mereka yang kehilangan tempat tinggal dan terputus bekalan makanan.
View this post on Instagram
“Andai ibuku seperti ini, tidak boleh aku hidup. Tahan nangis sahaja dekat sini. Hebatnya kesabaran mereka ini,” tulisnya.
Perkara tersebut dikongsikan oleh Nazdmi menerusi sebuah hantaran di Instagram.
Doa & Harapan
Dalam masa sama, suami kepada pelakon dan aktivis kemanusiaan, Ardell Aryana itu turut berharap agar keadaan di Aceh dapat segera pulih dan rakyatnya kembali meneruskan kehidupan seperti sedia kala.

“Ya Allah angkatlah darjat dan sembuhkanlah mereka ini. Permudahkanlah segala urusan mereka.
“Moga Allah berkati dan redha atas usaha kita ini,” kongsinya lagi.
Menerusi video yang dimuat naik di laman Instagram, Nazdmi turut menyifatkan musibah tersebut bukan sahaja menjadi ujian buat para mangsa, malah menguji keprihatinan masyarakat dunia untuk bersama-sama membantu sesama manusia.

Malah, Nazdmi juga dilihat gagal menahan air mata kerana bantuan yang disalurkan masih belum mencukupi bagi menampung keperluan mangsa di sana.
Netizen Tersentuh, Bangga Misi Kemanusiaan
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen turut tersentuh dan menzahirkan rasa bangga terhadap misi kemanusiaan yang dijalankan oleh Nazdmi dan Ardell.
Berikut antara komen yang ditinggalkan netizen;
“Terima kasih Malaysia. Terima kasih orang-orang baik.”
“Terima kasih banyak Abang. Semoga Allah memberikan limpahan kasih sayang untuk semua rakyat Malaysia yang telah membantu warga Aceh. Sebak dan tak mampu berkata-kata. Semoga Allah membalas usaha kalian ini.”
“Terima kasih Malaysia. Semoga Allah balas kebaikkan kalian.”
“Aku tak kuat. Terima kasih Adhwa sebab wakilkan kami.”
“Orang-orang Malaysia bantu semampu yang boleh walaupun ada yang kata bantuan kita tak seberapa. Kerana kita peduli dan sayang.”
Terdahulu, Nazdmi dan Ardell telah berangkat ke Aceh pada Ahad lalu bagi menyampaikan misi bantuan kepada mangsa banjir bersama pertubuhan NGO Aryana Care.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara.
Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Nadzmi Adhwa
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!




