Bersempena dengan sambutan 1 Muharram tahun ini, Erra Fazira ada berkongsi beberapa keping foto beserta ucapan yang menyentuh hati saat dirinya menunaikan fardhu haji baru-baru ini.
Menyifatkan panggilan haji yang diterimanya adalah sesuatu yang cukup memberi makna, bintang Hingga Hujung Nyawa ini turut berdoa agar segala apa yang dilakukan disana mendapat keberkatan dariNya.
“Throwback, banyak memori indah saya sepanjang mengerjakan ibadah haji baru2 ini.. maaf ketika dsana tak byk yg bole saya kongsikan.. Doakan moga Allah terima ibadah saya.
“Apa yg nak saya nyatakan dsini.. TERIMA KASIH kepada semua yang mendoakan saya. Perjalanan ibadah yg indah dan lancar ini antaranya adalah kerana berkat doa semua kepada saya.. saya sangat2 bersyukur dan berterima kasih diatas segala doa yg dipanjatkan buat saya.
“Moga Allah membalas kebaikkan kalian dgn sejuta RahmatNya,” tulis Erra.
Pada masa sama, Erra turut berharap agar perkongsian ini juga boleh dimanfaatkan sebagai inspirasi buat semua untuk menjadi tetamu Allah.
Ads
“Moment indah ini saya kongsikan moga memberi ilham dan semangat buat kita semua.. Moga hasrat dan impuan untuk menjadi tetamu Allah semakin menebal dijiwa kita.
“Saya sendiri, setiap kali menatap kembali photos dan videos, rasa rindu dan punya impian dan cita2 untuk kembali mengerjakan haji lagi.Memang indah moment ini.
“Setiap detik, perjalanan, segalanya KERANA DIA. Andai Allah ambil nyawa kita saat dan ketika ini punnn rasa sedia dan rela, begitulah perasaan saya dan pastinya ramai jemaah yang lain juga merasakannya.
“Andai ada suara atau bisikan hati yg mengatakan TAKUT atau BERSEDIAKAH AKU MENGERJAKAN HAJI ATAU UMRAH.. atau ALLAH TERIMAKAH…
Ads
“Yakinlah, itu adalah bisikan negative yang menjauhkan kita dr dekat dengan Dia. Tika kita sihat, tika kita mampu, tika ada sekelumit hati terpanggil utk kembali dan dekat padaNya.
“Andai kita tolak dgn seribu satu alasan, kita tak tahu, bila bisikan indah itu akan datang kpd kita lagi.. (pengalaman sendiri) jom kita “CARI” dan DEKATI rasa itu,” maklumnya berkongsikan perasaan.
“Saya tak pandai nak berkata2 perihal agama ini tapi saya sekadar kongsi perasaan saya. Moga kita sama2 menjadi insan yang lebih baik dari masa ke semasa.
“Salam Maal Hijrah dari saya buat semua kesayangan hamba. Terima kasih @bersamaerra dan mereka yang menyokong dan mendoakan kebaikkan saya selama ini,” jelas Erra panjang lebar sambil memberikan kredit.
Ads
Erra sebelum ini turut menyatakan niatnya untuk menunaikan ibadah haji sudah pun terpendam sejak sekian lama dan pemergiannya ke tanah suci adalah secara sendirian tanpa mahram.
Sementara itu, Erra turut berkongsi pengalamannya di tanah suci bersama MH, baru-baru ini.
#MHnews "Doa tu rahsia…," – Erra Fazira kongsi pengalaman tunai haji
Terpahat 1001 satu rasa yang menggamit memori menyaksikan Konsert Reunion Exists yang berlangsung di Stadium Malawati Shah Alam.
Buat pertama kalinya dalam sejarah, Konsert Exists Reunion anjuran Shiraz Projects ini menghimpunkan semua formasi asal Exists iaitu Musa (bass), Along (gitar), Ajai (keyboard), Shah (gitar), Ujang (dram) dan dua vokalis iaitu Mamat dan Ezad.
Ini 10 trivia menarik sepanjang konsert berlangsung.
1. Seawal jam 6.00 petang, peminat membanjiri perkarangan stadium, dan hujan lebat bukan alasan.
2. Persembahan dimulakan dengan lagu ikonik Oh Ibu dengan seorang kanak-kanak muncul menyanyikan secara miming di atas pentas.
3. Kehadiran Mamat mendapat tepukan gemuruh peminat yang rata-rata menyuarakan kesyukuran penyanyi kesayangan mereka dapat beraksi pada malam konsert.
4. Rangkaian 24 lagu popular sepanjang 28 tahun penglibatan Exists dalam industri muzik tanah air dan antaranya Langkah Seiringan, Mengintai Dari Tirai Kamar, Alasanmu dan Rahsia Pohon Cemara.
5. Cukup melucukan apabila ‘drama’ konsert tamat tidak menjadi walau dua kali dilakukan. Gurau Mamat, anggota Exists tidak pandai berdrama.
6. Lirik lagu juga dipaparkan di skrin pentas bagi memudahkan peminat untuk turut sama berkaraoke.
7. Kumpulan ini turut memperkenalkan single terbaru, Tak Berakhir dengan duet Mamat dan Ezad.
8. Alunan suara Ezad cukup hebat, bak kata peminat, ‘suara telan kaset’.
9. Ramai yang mengalirkan air mata tatkala Oh Ibu didendangkan kembali oleh Mamat.
10. Secara keseluruhannya, konsert ini cukup berjaya meninggalkan kesan yang mendalam buat peminat yang membesar dengan rangkaian lagu hits kumpulan lagenda ini.
Foto : Shiraz Project
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Siapa sahaja yang tidak mengenali dengan penyampai radio, Feeya Iskandar cukup happening dan pandai berceloteh tika ke udara.
Terbaru, rakan penyampai radio Issey Fazlisham ada memuat naik satu rakaman video di akaun Instagram miliknya.
Menghiburkan, rakaman video tersebut memaparkan gelagat Feeya atau nama sebenarnya Nor Shafiza Iskandar Azizan yang secara tak sengaja pakai seluar secara terbalik gara-gara lambat ke tugasan awal pagi.
“Pertama kali dalam dunia, aku jumpa orang pakai seluar terbalik. Lambat punya pasal@feeyaiskandar #gengissey,” tulis Issey di ruangan kapsyen video tersebut.
Kini berada di Istanbul bersama isteri, Shahirah untuk berbulan madu, pelakon dan model, Ahya Rosli menyifatkan hubungannya sama isteri bagai ‘relationship goals’.
Pasangan ini berkongsi detik-detik indah dan romantis sepanjang berada di sana.
Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin yang juga suami kepada aktres terkenal, Datin Seri Zizie Ezette dilaporkan meninggal dunia pada usia 66...