“Anda Yang Ada Mak Bapak Tu, Jagalah Mereka Sebaiknya Sementara Mereka Masih Ada Ya,” – Al-Fatihah, Kakak Erry Putra Pergi Mengadap Illahi 1 Ramadan

Share

Pelakon dan penyanyi, Erry Putra memaklumkan kakaknya, Rozi Hamzah meninggal dunia pada pukul 1 petang, Jumaat.

Menerusi laporan mStar, bintang berusia 42 tahun itu menjelaskan, arwah kakaknya sudah lama mengidap penyakit kecing manis dan darah tinggi, namun tahun lalu arwah mengalami kerosakan di bahagian organ utama iaitu jantung, hati dan buah pinggang.

“Arwah ada kencing manis dan darah tinggi dah lama sebab keturunan. Tapi sejak tahun lalu, jantung, hati dan buah pinggang pula rosak.

“Selain itu dia ada masalah paru-paru berair. Sepatutnya kaki arwah pun nak kena potong tapi tak sempat. Jadi, banyak organ utama rosak sebab dia sakit.

“Baru-baru ini arwah diserang angin ahmar sehingga menyebabkan badannya separuh strok dan dia tidak boleh berjalan,” kata seperti yang dipetik.

Erry atau nama penuhnya, Mohd Razlan Hamzah ini turut berkongsi berita sedih itu menerusi laman Instagram miliknya sebelum ini.

Sementara itu menerusi satu posting di Instagram yang telah dikemas kini, Erry ada mendedahkan dirinya menguruskan sendiri mengenai urusan melibatkan arwah atas situasi kini yang berlaku.

Malah, dirinya turut mengakui ada diperli atas kematian kakak tersayang.

“Saya tak maksubkan sy akan gila bila kakak sy meninggal,maksub sy, sy urus sorang2 bagai nk gila bila adik bradik sedara mara smua xleh dtg sebab pkp.

“Tapi sy diperli akak je pun pergi. Ye memang akak je pun, tapi dia lah mak dia la bapak sejak mak bapak sy meninggal.

“So anda yg ada mak bapak tu jaga la mereka sebaik2nya sementara mereka masih ada ya. Thank you atas ucapan, xpe sy maafkan anda,” tulisnya.

Difahamkan, jenazah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kg Sg Sekamat Batu 12, Cheras, Kajang pada petang, Jumaat.

Foto: Instagram Erry Putra

IKLAN