Penyanyi dan pelakon, Ayda Jebat merakamkan rasa syukur dan terharu kerana tahun ini menjadi tahun paling banyak dirinya menjadi duta kepada sesebuah jenama, lapan kesemuanya.
Lalu, ia nyata memberi suatu rasa teruja baru buat penyanyi Temberang ini, apatah lagi dengan kehadiran bintang wanita yang silih berganti.
“Alhamdulillah dengan kepercayaan dan amanah yang mereka berikan buat saya. Malah ada yang ingin sambung lagi. Saya rasa bersyukur, tapi sejujurnya saya sendiri tak tahu apa rahsia kalau ditanya tips menjadi pilihan klien.
“Cuma bagi saya tuhan tu adillah. Ada benda yang Dia tak bagi, tapi Dia berikan suatu benda yang lain,” ujar Ayda yang turut percaya kepada rezeki.
Ditanya bagaimana bintang asal Melaka ini menjadi diri daripada terpalit dengan isu sensasi yang boleh menjerat diri, Ayda mengakui dia bukan individu yang boleh isi masa tak kira waktu.
“Kalau bab kontroversi saya akan cuba jagalah. Memang ada yang cakap kontroversi itu boleh popularkan kita, tapi bagi saya ia lebih kepada negatif. Selagi boleh elak, saya akan cuba elak.
“Malah kalau ditanya apa rutin Ayda Jebat, anda tidak akan melihat saya di mana-mana. Bukan sebab kita berlagak diva atau apa tetapi saya perlu untuk jaga diri selain produk-produk yang ambil saya sebagai wajah wakilan,” jelas Ayda.
Dalam perkembangan lain, Ayda kini sedang dalam persiapan untuk melangsaikan pemikinan album fizikal sulungnya yang bakal dilancarkan selewat-lewatnya hujung tahun ini.
Foto: Instagram AJS Screammer
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Kini sedang sarat hamil trimester ketiga, Tasha Manshahar mengakui kedegilannya mendapatkan rawatan walaupun sedang sakit.
Malah, kesakitan yang dialami mungkin mendatangkan risiko kepada bayi dalam kandungan.
Tulisnya, dia tidak mahu dilabel mengada-ngada atau lembik sekiranya mengadu kesakitan.
Namun kepayahan membawa perut yang semakin sarat menyebabkan segalanya bagai serba tidak kena.
“Alhamdulillah feeling a lot better today. Thank you @raqibmajid paksa saya pergi klinik @kumpulan_megaklinik_zahran pukul 2.30 pagi, walaupun asalnya saya menangis-nangis kata “saya tak demam saya cuma penat, saya nak tidur”.
“Raqib yang baru balik shooting pukul 2pagi tu pulak risau bila dia rasa bdn saya agak panas. “Takpe kalau tak demam alhamdulillah syukur, kita check je, kesian baby”.
“Saya akur. Berdesup Raqib siapkan jubah, sarungkan tudung terus bawa ke klinik. Syukur sangat Megaklinik Zahran buka 24 jam.
“Ternyata, sis mmg demam (sbb tu jangan degil, kena dengo nasihat suami dari awal) ?. Doktor bg ubat yang sesuai, and Im recovering. Preggy moms kalau boleh elak demam ya. Sebab kalau demam, agak berisiko utk ibu dan baby,” tulisnya.
Pada masa sama, bekas penyanyi ini turut berkongsi mengenai keadaan diri sebelum dan ketika hamil.
“I have an issue with myself. I dont know whether I put a very high expectation or I take myself too easy. Sblm pregnant, saya adalah org yang jarang sakit.
“Sepanjang pregnant ni pun sbnrnya alahan tak teruk kalau dibandingkan dgn orang lain yang jauh lebih besar ujiannya.
“Muntah sikit-sikit, letih, sakit bdn, tidur tak lena, selera tak kena, itu benda biasa. Org lain lagi kesian ya Allah sampai keluar masuk hospital. Sbb tu tak boleh derhaka dengan ibu, kan? :’)
“Cuma, saya lebih rasa struggle bila kandungan masuk 3rd trimester. Maybe sbb perut dah besar (and perut saya mmg extra besar ya since air ketuban saya berlebihan), kita jadi extra penat, badan jadi extra sakit, semua serba tak kena, and I believe my body is preparing untuk proses bersalin nanti. SubhanAllah, Allah is the Greatest!
“Okay issuenya adalah, bila saya rasa sakit atau berlaku something yg unusual to my body, saya selalu ignore and refuse utk rujuk doktor sebab saya takut apa yg sedang saya alami tu sbnrnya benda biasa tapi saya je yg over.
“I’m afraid of being or being called “mengada-ngada” , “lembik”, “pemalas”. But at the same time, I believe mindset yg positif pun sgt penting utk terus kuat dan cepat sihat!
“So I push myself, and maybe dlm tak sedar sometimes I push myself too hard. Ada yg mcm saya jugak tak?
“Alhamdulillah, my husband, my family, my in laws, my bestfriends sgt understanding & supportive. Love them all lillah #raqshajrjourney,” jelasnya panjang lebar.
Setuju dengan pendapat penyanyi Be Mine ini, netizen turut berkongsi pengalaman sewaktu hamil.
Malah ada yang berkongsi tips buat ibu hamil di luar sana.
Bila mengimbau kembali detik sembilan bulan bayi di dalam perut, indahnya setiap saat itu kan? Sebab itulah, walau bertarung nyawa melahirkan, ibu tidak pernah serik untuk mengandung lagi.
Foto : Instagram Tasha Manshahar
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon Anzalna Nasir pasti sedar setiap apa yang dilakukan pasti mendapat reaksi netizen dan doktor yang mengawasi, apatah lagi dengan kandungan yang semakin sarat.
Sebab itulah, bintang yang bakal melahirkan bayi lelaki sekitar Jun depan ini bersyukur masih diberi kesempatan menyempurnakan hajat berbuka puasa bersama anak-anak yatim.
Namun, dia sempat menitipkan pesanan maaf kepada doktor yang menguruskan proses kehamilannya.
Malah, dia turut menegaskan tidak memakai kasut tumit sewaktu menghadiri majlis tersebut.
“Alhamdulillah tercapai juga hajat berbuka puasa bersama dengan anak-anak yatim. Ingatkan tak sempat.
“Sorry doc i pergi sekejap je semalam sumpah tak pakai kasut tumit tinggi. hahahahahahahah…
“Majlis yang sangat bermakna. Terima kasih @nr.mustajab tak pernah henti membuat majlis doa selamat untuk Anzalna dan bayi dalam kandungan,” tulisnya di Instagram.
Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin yang juga suami kepada aktres terkenal, Datin Seri Zizie Ezette dilaporkan meninggal dunia pada usia 66...