“Anaqi Pula Bila Nak Dapat Adik?,” – Soal Netizen Bila Shera Aiyob Kongsi Foto Bersama Anak Buah

Share

Pelakon, Shera Aiyob berkongsi foto yang memperlihatkan dia mengendong anak buah yang baru dilahirkan hujung minggu lalu.

Pelakon yang juga isteri kepada Zahiril itu memuat naiknya ke laman Instagram.

Lalu, di ruangan kapsyen kelihatan Shera kelihatan teruja dengan kehadiran ‘baby girl’ dalam keluarganya itu.

“050119. Ahamdulillah, baby girl baru dalam keluarga kami. Yay! Tia tak sabar nak bawa jalan-jalan ni! #babyLM,” tulisnya.

Susulan itu, kelihatan ramai peminat yang mengucapkan tahniah buat pelakon filem Juvana itu.

Dalam pada itu, ada juga yang sempat bertanyakan bilakah giliran Shera untuk mendapat anak perempuan pula.

Shera atau nama sebenarnya, Nur Shahira Ayob berkahwin dengan Zahiril Adzim pada Disember 2011 dan dikurniakan seorang anak, Nadi Anaqi yang lahir pada Jun 2013.

Foto/Instagram: Shera Aiyob

IKLAN