MH Online boleh katakan Zarina Zainuddin ni memang seorang yang sangat penyabar dan seorang ibu yang sangat tabah.
Walaupun terpaksa menjaga dua orang anak, Azal & Azil yang memiliki masalah Autism tetapi Zarina tetap kuat menjaga mereka.
Seperti yang semua tahu, Zarina sering berkongsi perkembangan tentang anaknya di akaun Instagram miliknya. Malah, sekiranya ada sebarang masalah, Zarina juga tidak malu untuk berkongsi detik-detik sebegitu kerana dengan niat untuk memberi inspirasi kepada ibu-ibu yang senasib dengannya.
Walaupun adakalanya kedua-dua anaknya bertindak manja dan cukup terkawal, tetapi jika tidak kena dengan caranya ia boleh bertukar menjadi sesuatu yang menakutkan.
Itulah yang terjadi baru-baru ini. Zarina sempat muat naik beberapa video yang memaparkan anaknya Azal yang juga merupakan pembantu peribadinya mengamuk kerana tidak boleh sabar untuk keluar rumah.
“Saya tak boleh ibu, ibu nak kena tunggu berapa minit?
“Ibu tunggu apa ibu? Alamak saya tak boleh sabar! Ibu nak tunggu apa?” itu sahaja ayat yang terkeluar daripada mulutnya
Kedengaran beberapa kali Zarina asyik mengulang perkataan ‘sabar’ pada anaknya itu. Tetapi secara tiba-tiba Azal melenting dan cuba menarik-narik rambutnya dan memukul diri sendiri.
Malah Azal juga telah meronta-ronta di atas katil sehingga menyebabkan ia cadar dan bantal berselerak.
Namun setelah beberapa minit, Azal mula reda Zarina meminta anaknya itu untuk membetulkan dan mengemas semula katil yang bersepah.
MH Online difahamkan Zarina bukanlah sengaja cuba menganggu emosi anaknya, tetapi ketika itu dia benar-benar sedang sibuk menguruskan pulut kuningnya malah akan menghadiri mesyuarat pada jam 3 petang.
Ini dia beberapa video yang dimaksudkan…
Memang menakutkan! Tetapi MH Online respect dan puji sikap Zarina yang sentiasa tenang menangani masalah ini.
INFO TAMBAHAN :
Ini dia beberapa tip yang boleh digunakan apabila berhadapan dengan anak-anak autism yang sedang meragam.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI