Selebriti dan usahawan popular, Noor Neelodfa berkongsi rasa gembira apabila anak keduanya, Abdullah Abbas kini sudah genap enam bulan usianya.
Perkongsian tersebut dibuat hos Next To Neelofa itu menerusi Insta Stories, pada semalam.
“Hari ni anak ummi sayang, Abbas, dah 6 bulan, masya-Allah. Alhamdulillah ya rabb,” tulisnya pada foto anak kedua yang wajahnya ditutupi dengan emoji bunga.
Ads
Ads
Imbas kembali, Neelofa mendirikan rumah tangga dengan Haris Ismail atau PU Riz pada 27 Mac 2021.
Mereka dikurniakan cahaya mata sulung, Muhammad Bilal yang dilahirkan pada 29 Januari 2022 dan anak kedua, Abdullah Abbas dilahirkan pada 11 Julai 2023.
Ads
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon Sophia Albarakbah bersyukur kerana rezekinya tidak pernah putus dalam bidang lakonan meski namanya tidak pernah sunyi dilanda kontroversi sebelum ini.
Malah, Sophia, 30, berkata, dia juga terharu kerana masih mendapat kepercayaan penerbit dan pengarah drama serta filem sepanjang tahun.
“Kini, bukannya masa untuk saya menoleh ke belakang lagi. Saya mahu fokus untuk mengukuhkan nama dalam bidang lakonan.
“Saya bersyukur agenda seni padat sehingga hujung tahun ini.
“Pada masa sama, saya juga ada empat filem yang akan ditayangkan di pawagam pada tahun ini. Antaranya, filem Jiwa 8 Belas,” katanya.
Mahu buka buku baru sempena tahun 2024, Sophia berazam untuk tidak lagi terpalit dengan sebarang gosip yang hanya menjejaskan reputasi.
“Saya tidak mahu peminat kenal saya kerana pelbagai cerita kontroversi dan bukannya bakat lakonan dipertaruhkan.
“Cukup-cukuplah kontroversi yang pernah melanda kerana saya tidak mahu kisah silam diungkit lagi,” katanya lagi.
Dalam pada itu, Sophia yang mendukung watak heroin sebagai Fatien menerusi filem Jiwa 8 Belas terbitan White Merpati Entertainment Sdn Bhd itu turut berbesar hati untuk memberi sepenuh komitmen terhadap naskhah filem sulungnya itu.
“Saya dapat tawaran berlakon dalam filem Jiwa 8 Belas ini menerusi proses uji bakat pada penghujung 2018. Saya tiada asas dalam bidang lakonan dan lakonan memang agak ‘kayu’ ketika itu,” akuinya.
Tambahnya lagi, dia ada mengalami kecederaan pada kakinya lebam-lebam ketika menjayakan babak diculik penjahat yang mahu ‘menjualnya‘ dalam filem itu.
“Saya perlu melakonkan babak melarikan diri dalam hutan dan sungai tanpa memakai kasut ketika dikejar penjahat.
“Selain itu, ada juga babak muka saya dicelup dengan air kotor dan berlumpur oleh penjahat,” katanya.
Filem Jiwa 8 Belas arahan S Baldev Singh turut menampilkan pelakon berbakat besar seperti Shah Hazvee, Izuan Ramli, Ikhram Juhari, Kanda Khairul, A Galak dan Datuk Jalaluddin Hassan.
Datuk Fauziah Nawi, Zila Bakarin, Aman Graseka, Akim Nordin, Faha Azhar, Arif Mex dan Acap S turut terlibat di dalam filem yang bakal ditayangkan di pawagam seluruh tanah air bermula 18 Januari 2024 itu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon dan penyanyi, Afieq Shazwan teruja apabila berpeluang bergandingan dengan penyanyi cilik, Asyraff Khan untuk merakamkan semula lagu daripada kumpulan , Exists iaitu Langkah Seiringan.
Menurut Afieq, projek ini secara tidak langsung telah mengimbau kembali zaman kegemilangan vokalis Exists, Mamat yang ketika itu masih bergelar remaja.
“Saya setuju dengan projek kali ini kerana ia merupakan duet yang menarik di mana saya berganding dengan penyanyi junior.
“Kebetulan lagu Langkah Seiringan ini dirakam oleh penyanyi asal Mamat bersama Exist sewaktu vokalis kumpulan itu masih belasan tahun.
“Jadi, saya rasa penjiwaan untuk membangkitkan nostalgia itu memang dapat dirasakan dibahagian Asyraff Khan nyanyikan.
“Kebetulan suara Asyraff seakan akan suara Mamat. Tidak Sama tapi seakan-akan,” katanya kepada MH.
Terdahulu, Asyraff merupakan penyanyi muda yang pernah bergelar Juara Bintang Kecil peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada 2022.
Malah, Asyraff dan Afieq juga pernah bergandingan ketika program realiti The Choosen One.
Dalam pada itu, pelakon drama Rampas Cintaku ini juga menyifatkan projek ini sebagai satu tanggungjawab yang amat besar.
“Jujurnya ini juga satu lagi kelainan dalam kerjaya saya yang juga saya anggap sebagai satu penghormatan apabila dapat merakamkan kembali lagu berhantu nyanyian seorang lagi penyanyi lagenda lelaki tanah air” ujarnya lagi.
Pada masa sama, Asyraff menyifatkan peluang ini sebagai satu penghormatan lebih-lebih lagi buat pendatang baharu sepertinya.
“Saya yakin lagu berhantu ini peminatnya sungguh luar biasa. Pakej yang dilengkapi aura dan suara uncle Mamat serta Exist yang semua orang perkatakan tentangnya pada masa itu.
“Sebagai pendatang baru, tidak dapat gambarkan bagaimana perasaan saya ketika dimaklumkan yang Saya terpilih untuk projek ini.
“Siapa tak terharu dapat duet dengan Idola sendiri dan nyanyi pula lagu popular yang bila sebut tajuk je semua orang Tahu” kongsinya lagi.
Setakat ini, lagu yang telah diberikan nafas baharu ini telah pun meraih tangga ke-10 di carta trending di aplikasi Youtube.
Terdahulu, lagu cover Langkah Seiringan ini sudah boleh mula didengari diseluruh platform penstriman bermula 11 Januri lalu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon dan pengacara jelita, To’ Puan Syamim Mohd Farid senang untuk mengambil sisi positif sekiranya masih ada yang bertanya mengenai rezeki cahaya mata.
Naib Juara Dewi Remaja 2014/15 itu berkongsi mengenai perkara itu selepas ditanya mengenai hal tersebut menerusi ‘Ask Me Question’ di Insta Stories, pada Isnin.
“Hi Toh’ Puan Syamim, macam mana you handle bila orang tanya pasal anak ye I wish can be like yoU,” tulis seorang Instagram.
“I always answer like this, ‘Insya-Allah bila Allah nak bagi. Doakan ya.’ Just ask them to doakan for you because we never know dalam 10 orang yang bertanya, maybe 1 orang tu doanya diangkat. Stay positive and husnudzon,” jawab Syamim.
Dikenali sebagai wanita anggun yang matang dan ramah bila berbicara, Syamim turut berkongsi mengenai doa hariannya selepas di tanya seorang pengguna Instagram lainnya.
Imbas kembali, Syamim mendirikan rumah tangga bersama Yang Mulia (YM) Tengku Ezrique Ezzuddean Tengku Dato’ Ardy Esfandiari Al-Haj pada tanggal 19 Mac 2016.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Kemeriahan Aidilfitri tahun ini semakin terasa apabila ramai penyanyi tempatan tampil melancarkan lagu raya dengan genre dan gaya tersendiri.
Terbaharu, penyanyi Izzue Islam dan Dehaniff...