Anak Sulung Belum Cecah Setahun, Ippo Hafiz Umum Isteri Kini Hamil 3 Bulan

Share

Penyanyi dan penulis lagu, Ippo Hafiz berkongsi khabar gembira apabila memaklumkan isterinya kini sedang hamil anak kedua.

Menurut Ippo atau nama sebenarnya Muhammad Hafiz Yaziz, kandungan yang baru sahaja berusia tiga bulan itu kini dilaporkan berada dalam keadaan yang baik.

Katanya lagi, dia sendiri kisah mengenai jantina anaknya itu asalkan mereka membesar menjadi anak yang soleh atau solehah.

“Alhamdulillah, Segala pujian milik ALLAH, kandungan baby dalam perut dah masuk 3 Bulan, Doakan ya buat kami, moga dapat zuriat yang soleh atau solehah.

“ALLAH berkati dan ALLAH lindung hingga proses kelahiran. Doakan bidadari saya juga ya. Yang lain kami serahkan pada ALLAH mengatur semuanya,” tulisnya.

Perkhabaran tersebut dikongsikan oleh penyanyi lagu Seadanya Aku itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.

Dikesempatan itu juga, Ippo turut berharap agar semua pihak dapat mendoakan kesejahteraan isteri serta kandunganya itu.

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen turut tumpang gembira selain turut mendoakan semoga segala urusan keluarga dipermudahkan.

“Alhamdulillah tahniah. Semoga dipermudahkan segalanya.

“Moga diberikan kemudahan. Ameen.

“Alhamdulillah, kita pula yang excited.

“Tahniah untuk baby kedua ye. Take a good care Ippo dan farah. Keep eating healthy food,” antara reaksi-reaksi netizen di laman Instagram

Terdahulu, Ippo telah pun mendirikan rumah tangga bersama pilihan hati, Norfarahin Mohd Roslan pada tanggal 24 Ogos 2019.

Hasil perkongsian hidup tersebut, pasangan ini baru sahaja dikurniakan cahaya mata pertama, Yusuf Zarin Nur yang lahir 6 Ogos tahun lalu.

Selain itu, Ippo juga memiliki seorang anak angkat perempuan bernama Cinta Rizky Amanda yang kini telah pun berusia 4 tahun.

Dalam perkembangan lain, Media Hiburan kini sedang menganjurkan pertandingan menarik bersempena dengan MCO 3.0 ini, siapa tahu rezeki akan jadi milik anda.

Pertandingan nyanyian ‘Karok Lockdown’ khas buat anda yang mahu ketengahkan bakat menyanyi, kalau bertuah ganjaran wang tunai menanti!

Apa yang anda perlu buat? Klik saja link DI SINI untuk mendaftar sekarang. Mana tau korang pemenang yang kami cari, all the best!

Sumber: Instagram Ippo Hafiz

IKLAN