“Anak Soleh Dah 5 Bulan, Berat Dia Pun 7.2 Kilogram,” – Mawar Rashid Kongsi Perkembangan Anak

Share

Sejak bergelar ibu kira-kira lima bulan lalu, Mawar Rashid tidak pernah lekang dari berkongsi perkembangan permata hati pertamanya, Raden Muhammad Rafael Raden Ahmad Faizal menerusi Instagram.

Malah, perkongsian yang dibuat adik ipar kepada cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob itu membuat rata-rata peminat tersenyum dek gelagat anak lelakinya itu.

Terbaru, Mawar ada memaklumkan berat badan anaknya kini sudah pun mencecah lebih tujuh kilogram.

“Anak sholeh mommy ni da 5 bulan da.. makin banyak demand, makin manje sebab tahu orang akan layan die. Berat die pun da 7.2kg.

“Alhamdulillah Rafael sihat & kuat. Doakan yang baik2 cemua,” tulisnya.

Kembali mengimbas detik indah, Mawar dan suaminya, Raden Ahmad Faizal Yaakob bernikah pada 9 November 2017 di Hotel Royale Chulan, Kuala Lumpur.

Foto: Instagram Mawar Rashid

IKLAN