Penyanyi dan pelakon, Athalia mengakui kualiti nyanyiannya masih belum berada di tahap terbaik jika dibandingkan dengan peserta lain yang bertanding dalam program realiti, Talk To My Manager.
Menurut Athalia, dia juga berasakan dirinya belum layak untuk membuat persembahan di pentas-pentas besar.
“Bukan saya nak merayu simpati atau apa pun. Saya tahu saya ni tak layak untuk menyanyi atas pentas pertandingan.
“Perkara ini pun sudah dimaklumkan oleh ibu saya sendiri ketika program bersiaran langsung,” tulisnya di aplikasi Thread.
Bagaimanapun, anak kepada penyanyi dan pelakon, Sharifah Zarina itu terkilan apabila usahanya memberikan yang terbaik selama dua minggu ini masih belum pernah mendapat sebarang pujian.
Ads
“Namun, saya sudah cuba untuk menambah baik kekuatan persembahan saya dari minggu pertama dan masih tak dapat sebarang pujian walaupun sedikit.
“Ia bukan sahaja membuatkan saya mempersoalkan nilai saya malah, ia seakan menyiksa saya dari segi mental. Industri ini tidak pernah adil,” kongsinya lagi.
Sokongan Netizen Jadi Penguat Semangat
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen tampil memberikan kata-kata semangat serta menasihati Athalia untuk terus mencari kekuatan sebenar sebagai seorang penghibur.
Ads
“Mungkin belum kena dengan genrenya. Teruskan mencuba ya.
“Saya rasa awak ada potensi yang besar. Awak cuma perlu abaikan komen-komen negatif tu dan fokus pada feedback yang membina untuk improve. Nabila Razali contoh yang terbaik. Masa pertandingan pertama dia dulu, dia terima banyak kritikan. Tapi akhirnya dia buktikan semua orang salah. Tengoklah dia sekarang! Awak tak perlu jadi vokalis yang power pun untuk jadi bintang dalam industri muzik.”
“Awak seorang yang berbakat besar. Jangan pernah lupakan itu.
Ads
“Saya rasa awak telah melakukan persembahan yang sangat baik Ahad lalu. Awak sudah banyak improve. Jangan putus asa. Nilai semula komen-komen daripada juri dan buat yang terbaik pada minggu hadapan. Yang penting jadi diri sendiri,” antara komen netizen.
Terdahulu, persembahan Athalia menerusi rancangan realiti hiburan berkenaan setakat ini menerima reaksi pelbagai peminat.
Talk To My Manager merupakan program realiti nyanyian yang menghimpunkan peserta daripada kalangan anak-anak selebriti tempatan.
Ia bersiaran secara langsung setiap Ahad, jam 9 malam di Astro Ria serta boleh distrim menerusi Astro One dan sooka.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara.
Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Sumber & Kredit Foto: Instagram & Thread Athalia
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Anak kedua kepada penerbit terkenal, Datuk A. Aida, iaitu Azeva Natassha memaklumkan ibunya kini sudah menunjukkan perkembangan positif selepas ditidurkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur, beberapa hari lalu.
Berita gembira itu dikongsikan Azeva, yang juga pelakon baharu, menerusi hantaran di Instagram Story miliknya pada Ahad.
“Alhamdulillah, mama dah sedarkan diri, cuma kena selalu dipantau dan masih belum boleh dipindahkan ke wad biasa,” jelasnya.
Bagaimanapun, kata Azeva lagi, pihak hospital tidak membenarkan sebarang lawatan bagi mengelakkan risiko jangkitan terhadap ibunya yang masih berada dalam keadaan lemah.
“Kepada kawan-kawan mama, mintak maaf, tapi memang doktor tak kasi orang luar untuk melawat mama buat masa sekarang, sebab takut jangkitan kuman dan tak nak ambil apa-apa risiko.
“Saya ingin memohon jasa baik semua untuk terus mendoakan agar mama sembuh sepenuhnya. Terima kasih atas doa dan sokongan anda semua,” tulisnya.
Terdahulu pada pagi 25 September lalu, A. Aida dilaporkan rebah selepas menjalani rawatan fisioterapi di sebuah pusat perubatan dan seterusnya dimasukkan ke ICU.
Menurut pendakwah terkenal, Profesor Datuk Dr Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim, yang juga sahabat rapat A. Aida, penerbit itu difahamkan baru sahaja menjalani pembedahan lutut pada Selasa lalu dan berada dalam keadaan normal, namun tiba-tiba rebah selepas rawatan.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon terkenal Hollywood, Matthew McConaughey mendedahkan salah satu rahsia mengekalkan keharmonian rumah tangganya bersama isteri, Camila Alves, ialah dengan memilih untuk tidur di katil lebih kecil.
Menurut bintang filem Interstellar itu, dia dan Camila pada awalnya menggunakan katil bersaiz king, namun menyedari ruang tidur yang terlalu besar membuatkan mereka terasa jauh antara satu sama lain.
Demi mengembalikan keintiman, pasangan itu memilih untuk bertukar ke katil bersaiz queen.
“Apabila tidur di katil king, rasanya seperti saya berada di satu hujung bilik manakala dia pula di hujung yang lain. Tetapi apabila tidur di katil queen, kami rapat bahu ke bahu. Lebih mudah untuk berpelukan dan saling menyentuh,” katanya ketika ditemu bual oleh media antarabangsa.
Tambahnya, perubahan kecil itu memberi impak besar dalam mengekalkan hubungan mesra walaupun mereka berdua sibuk dengan kerjaya dan tanggungjawab sebagai ibu bapa kepada tiga orang anak.
“Apabila anak-anak mula tidur di bilik masing-masing, katil yang besar itu terasa kosong. Dengan katil lebih kecil, ruang itu kembali menjadi milik kami berdua,” ujarnya.
McConaughey menekankan bahawa rahsia perkahwinan bukan sahaja bergantung pada komunikasi dan persefahaman, tetapi juga kesediaan melakukan penyesuaian dalam kehidupan seharian.
Bagi dirinya, tidur berdekatan dengan isteri setiap malam adalah cara mudah tetapi penuh makna untuk mengukuhkan lagi hubungan suami isteri.
Pasangan ini, yang sudah mendirikan rumah tangga sejak 2012 dan dikurniakan tiga cahaya mata, sering dilihat sebagai antara rumah tangga selebriti paling stabil di Hollywood tanpa sebarang kontroversi liar.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Nama Junnosuke Taguchi mungkin tidak asing bagi peminat setia kumpulan J-pop terkenal, KAT-TUN. Pernah menganggotai kumpulan itu sejak penubuhannya, Junnosuke mengambil keputusan meninggalkan KAT-TUN dan agensi Johnny & Associates pada 2016 untuk membina kerjaya solo.
Selepas 25 tahun bertahan dalam industri hiburan Jepun, KAT-TUN akhirnya dibubarkan secara rasmi pada Mac lalu.
Kini pada usia 39 tahun, perjalanan hidup Junnosuke nyata jauh berbeza. Menerusi perkongsian di Instagram usahawan dan pencipta kandungan, Madison Zhao, bekas idola itu mendedahkan dirinya kini bekerja sebagai hos di sebuah kelab malam, A-Men’s Tokyo, yang terletak di Shinjuku.
Dalam temu bual bersama Madison, Junnosuke tidak menafikan kerjayanya sebagai hos bukanlah sesuatu yang pernah dirancang. Namun, dia akur dengan haluan baharu tersebut.
“Saya dulu pernah mengecap populariti besar, malah membuat persembahan di Tokyo Dome. Tetapi saya terlalu sibuk untuk menyesali apa-apa. Saya gembira dan menikmati fasa ini,” ujarnya.
Bagaimanapun, Junnosuke mengakui dirinya lebih bahagia ketika bergelar idola. “Saya cintakan muzik, nyanyian, tarian dan senyuman peminat. Selagi hayat masih ada, saya mahu terus berada di pentas,” katanya sambil menambah masih berhubung dengan dua bekas ahli kumpulan, Kamenashi Kazuya dan Jin Akanishi.
Apabila disentuh mengenai mendiang Johnny Kitagawa, bekas presiden Johnny & Associates yang terpalit dakwaan penderaan seksual berpuluh tahun lamanya, Junnosuke hanya memberikan senyuman tipis yang penuh tanda tanya.
Selepas meninggalkan kumpulan KAT-TUN, Junnosuke pernah menceburi pelbagai bidang termasuk menubuhkan agensi sendiri serta membuka sebuah kafe bertemakan ikemen (lelaki kacak). Namun, kerjayanya merudum selepas ditahan pada 2019 atas kesalahan berkaitan ganja.
Disebabkan tekanan kewangan daripada kegagalan perniagaan, Junnosuke dilaporkan mula bekerja sebagai hos kelab malam sejak tahun lalu.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon terkenal siri Sex and the City, Kim Cattrall, selamat bergelar isteri kepada pasangannya, Russell Thomas, dalam satu majlis perkahwinan serba sederhana yang berlangsung...