Anak Shah Rukh Khan Antara 8 Ditahan Dalam Kes Penyalahgunaan Dadah

Share

Kelmarin dunia hiburan Bollywood dikejutkan dengan berita penangkapan anak lelaki sulung Shah Rukh Khan, Aryan Khan dek kerana terlibat dengan pengalahgunaan dadah di dalam sebuah kapal persiaran di pesisir pantai Mumbai pada Sabtu.

Aryan Khan, 23, ditahan oleh pihak Biro Kawalan Narkotik (NCB) bersama tujuh yang lain. Pada hari Ahad, Aryan Khan dan dua tertuduh yang merupakan rakanya, Arbaaz Merchant dan pereka fesyen Munmun Dhamecha  dihadapkan ke mahkamah majistret yang telah menyerahkan mereka ke tahanan NCB hingga Isnin.

Lima lagi tertuduh yang lain dikenali sebagai Nupur Satija, Ishmeet Singh Chadha, Mohak Jaiswal, Gomit Chopra dan Vikrant Chhokar adalah tertuduh yang lain.

Menurut laporan NCB, serbuan berprofil tinggi itu berhasil menemukan 13-gram kokain, 21-gram ganja, 22 pil MDMA dan 5-gram MD. Sehubungan itu, tuduhan yang dikenakan terhadap Aryan Khan termasuklah kesalahan pembelian, pemilikan dan penggunaan bahan terlarang.

Peguambela Aryan, Satish Maneshinde menuntut agar anak guamnya boleh dijamin. Dia mengatakan bahawa anak guamnya ditangkap hanya berdasarkan sistem pesanan di telefon.

Aryan merupakan graduan University of Southern California dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Seni Halus, Seni Sinematik, Filem dan Televisyen.

“Aryan tidak mempunyai tiket, tidak ada kabin atau tempat duduk di kapal pesiaran. Dia ada di sana kerana dia telah dijemput. Dia bahkan tidak mempunyai boarding pass. Tidak ada yang dijumpai padanya. Dia ditangkap atas dasar mesej,” ujar peguam tersebut.

Sumber: NDTV

 

IKLAN