“Anak Saya. Cuma Saya Tidak Melahirkannya,” – Mulianya Hati Elyana, Ambil Bayi Comel Istimewa Berusia Sebulan Ini Sebagai Anak Angkat

Share

Penyanyi, Elyana baru-baru ini ada memaklumkan yang dia kini baru saja mengambil seorang anak angkat, kira-kira sebulan lalu.

Difahamkan, bayi lelaki yang bernama Tulus itu dilahirkan istimewa kerana dikatakan menghidap sindrom down.

Terdahulu, Elyana atau nama sebenarnya Erneelya Elyana Emrizal sebelum ini pernah mengejutkan ramai apabila memaklumkan dirinya menghidap barah limfoma tahap empat, secara langsung menerusi program Gegar Vaganza musim lalu.

Sementara itu, penyanyi yang popular dengan lagu Tak Tercapai Akalmu dan Tapak Sulaiman itu mendirikan rumah tangga dengan Khairul Anuar Husin pada 2010 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Cinta Sumayah,7 tahun.

Sebelum ini juga, Elyana dilaporkan terpaksa menggugurkan kandungan keduanya ekoran bimbang akan timbul komplikasi terhadap penyakit yang dihidapinya. Malah dua tahun lalu, Elyana turut mengalami keguguran kerana mengandung di luar rahim.

Elyana juga kerap berkongsi mengenai perkembangan anak angkatnya itu menerusi Insta Stories.

“Anak saya. Cuma saya tidak melahirkanya,” tulisnya ringkas bila ditanya peminat.

Foto: Instagram Elyana

IKLAN