Umum mengetahui penyanyi Indonesia, Rossa telah pun bercerai dengan pemain drum kumpulan Padi, Yoyo sejak lapan tahun lalu.

Terbaru, ada desas-desus mengatakan kedua-duanya dikatakan bakal rujuk kembali.

Namun, Rossa menyangkalnya dengan tegas dan menyatakan perkara itu tidak mungkin akan berlaku.

“Rujuk? Tak lah! Tak mungkin saya akan rujuk kembali Yoyo.”

Rossa juga berkata bahawa anaknya, Rizky Langit Ramadhan yang kini berusia 11 tahun, tidak merestuinya untuk dia rujuk kembali dengan bekas suaminya.

IKLAN

Anak Rossa Tidak Mahu Rossa Rujuk Kembali Papanya

“Lagipun, Rizky tak mahu saya kembali rujuk lagi dengan bapanya.

 

“Kadang-kadang saya suka bergurau dengan anak saya, ‘Bagaimana kalau Mama nikah semula sama Bapak?

 

Anak saya berkata, ” jangan, nggak-nggak!,” ujar Rossa seperti yang dilaporkan media.

Tambah Rossa dia sama sekali tidak pernah terfikir untuk rujuk kembali.

IKLAN

“Malah saya rasa Yoyo pun sudah menyedari hal itu.

 

“Tapi kita sebagai ibu bapa masih menjalin hubungan yang baik untuk menjalankan tanggungjawab bersama membesarkan anak kami,” ujarnya lagi.

Dalam pada itu juga, Rossa berkata hubungannya dengan bekas suami itu lebih baik selepas mereka bercerai.

IKLAN

Lebih-lebih lagi keputusan berpisah adalah atas persetujuan mereka bersama.

Terdahulu, Rossa telah berkahwin dengan Yoyo pada 18 Mac 2004. Namun, memutuskan untuk bercerai setelah tiga tahun membina rumah tangga.

Sumber: Detik.com

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI