‘Anak’ Robert Pattinson dan Kristen Stewart Dah Besar, Kini Persis Supermodel

Share

Kalau anda seorang peminat filem The Twilight Saga, pasti anda perasan akan kehadiran Renesmee Cullen sebagai anak kepada pasangan Edward Cullen dan Bella Swan lakonan Robert Pattinson dan Kristen Stewart menerusi dua siri terakhir rangkaian filem itu.

Wajahnya yang cantik dan sangat comel dengan kulit putih porselin menggamit setiap mata yang memandang. Ketika kedua-dua filem itu ditayangkan dia baru sahaja berusia 11 dan 12 tahun. Kini sudah berusia 21 tahun, pelakon watak tersebut, Mackenzie Foy tampil sangat cantik persis seorang supermodel terkenal.

Dilahirkan di Los Angeles dalam keluarga bukan berlatarkan dunia hiburan, ayah Mackenzie merupakan seorang pemandu trak dan ibunya seorang suri rumah sepenuh masa.

Walaupun begitu, dia menceburi dunia seni sejak berusia tiga tahun lagi sebagai seorang model dan mula berlakon ketika berusia sembilan tahun membintangi siri-siri drama televisyen.  Filem The Twilight Saga: Breaking Dawn merupakan filem pertama yang dia bintangi

Selepas membintangi filem tersebut, Mackenzie terus aktif berlakon filem. Terbaharu lakonannya sebagai pelakon utama adalah menerusi filem Black Beauty bergandingan dengan pemenang Oscar, Kate Winslet. Filem tersebut boleh ditonton di saluran penstriman atas talian, Disney+.

Sumber foto: Instagram Mackenzie Foy

+++ Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan

IKLAN