Beberapa hari yang lalu menerusi akaun Instagram milik pelakon lelaki, Norman Hakim, dia ada berkongsi sebuah video anaknya kini sedang mengalami demam campak.

Dalam video tersebut terlihat anak Norman dan Memey sedang merengek menahan kesakitan yang dialami disebabkan oleh demam campak.

Di ruangan kapsyen pula Norman menyatakan perasaan kasihan melihat anaknya yang sedang sakit itu.

“Ciannn Kikim papa kena ‘ayam’ pox..hanya pelukan abang dia,doa abang & muzik yg jadi penawar sementara nak tunggu bijik2 merah keluar habis & kering.Syafakallah my kikim cayang..❤️,” tulis kapsyennya.

Pandai betul si abang memujuk adiknya untuk menahan kesakitan dan memeluk adiknya itu.

Rata-rata pengikut Norman yang turut simpat dengan keadaan anaknya itu telah memberikan beberapa petua untuk merawat penyakit demam campak yang dialami.

IKLAN

aenswhiteberry: Alahai…siannya… Anak aen pon kena teruk dulu…mmg nanges je la…bertabahla @memeysuhaiza @normanhakim_786 Allah nk bagi pahala ganjaran besar jaga anak sakit… Selagi bijik tu xpecah habis…bgi je minum air kelapa untuk kasi kuar habis…

afifah988161: bg mnum air kelapa muda bg norman.InsyaAllah cpat dia hbis kluar…

mdm_mdr: Cuba parut fresh baby corn, kita buat mcm mask den apply kat muka n badan, In Sha Allah it works..saya dah cuba. Tpi budak2 ni susah sikit kadang drang tak nak. Semoga Allah permudahakn segalanya.

IKLAN

rasyiqah82: Mandikan dgn daun semambu utk hilangkan rasa gatal2.. pastu ambik sikit bland daun tu campur dgn calamine lotion.. sapu. Try la.. saya buat kat anak2 mcm ni.

Ada juga yang mendoakan agar si adik itu cepat sembuh.

kak_yang81: MasyaAllah…srnknyer tgk abg peluk adik & doakan adik tu…syg sungguh abg kat adik yer…moga adik cepat sembuh ????

IKLAN

aenswhiteberry: Semoga cepat baik kikim..pas ni mbesar dgn sihat

_ar.swSyafakaAllah: wahai adik comel

Kami juga di MH Online turut mendoakan agar anak Norman dan Memey segera sembuh seperti sediakala.

Sumber: Instagram Norman Hakim

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI