Anak Mulai Bertanya…”Rasa Sakit Itu Ada! Anak-Anak Menjadi Mangsa.” Intan Liana Tahan Sebak

Share

Beberapa hari lalu, bekas isteri kepada pemuzik, Ude Wahid atau nama sebenarnya, Muhamad Radzi Abdul Wahid ada membuat suatu posting yang seakan-akan membayangkan dua anak lelaki mereka hasil perkahwinan terdahulu, Arish Muqri dan Ariq Muqri yang merindui si bapa.

Perkongsian yang dibuat Intan menerusi Instagram itu nyata megundang rasa sebak di kalangan netizen dan ada yang mengharapkan hubungan mereka kekal baik meski sudah pun membawa haluan masing-masing.

Ude baru sahaja menimang cahaya mata lelaki yang diberi nama  Aaron Ibrahim hasil perkawinannya bersama Izreen Azminda lebih setahun lalu.

“Kadang-kadang si abang bersuara bertanya..dan jawapan aku sama! Rasa sakit itu ada!anak2 menjadi mangsa…Tahan sebak.

“Nasib baik sidekmok tak pandai cakap lagi…die follow je ape abg ckp..alahai busuk dede,” tulis Intan lalu disusuli dengan pelbagai komen netizen.

Foto: Instagram Intan Liana

IKLAN