Anak Mengamuk Lagi, Zarina Zainuddin Tetap Sabar dan Berlembut

MH memang puji ketabahan selebriti Zarina Zainudin ni membesarkan dua orang anak istimewa yang mempunyai masalah Autism tanpa mengharapkan bantuan orang lain.

Seperti yang kita semua tahu, Zarina memang suka kongsi segala perkembangan kariernya sebagai seorang pelakon dan penjual pulut kuning.

Malah, Zarina juga tidak malu untuk kongsi kehidupan anak-anaknya Azal dan Azil dengan harapan dapat memberi inspirasi dan contoh pada semua orang yang memerlukannya.

Baru-baru ini Zarina ada muat naik video anaknya Azil mengamuk apabila mencari kembarnya tiada di sini.

Dengan menulis kapsyen seperti di bawah, Zarina
Tetap sabar dan kuat untuk mencari Azal yang ada di dalam kedai minyak berdekatan dengan kediaman mereka.

“Malam tadi azal lambat bagi azil makan ubat jadi tidurnya lama sampai bangun dia tengok azal dah tkde dia ngamok saya terus bawak dia cari azal..
“Rupanya azal ada dalam petron ni .. Dia tahu abang dia akan cari dia.. Dia bayarkan..

 

“Dah beli surat khabar dia nak azal hantar dia balik.. Tapi ngamok jugak nasib baik azal boleh bertenang kawal keadaan amarah dia, mereka lahir kembar satu uri bila sorang rasa sorang lagi turut terasa,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Malah jika dilihat bagaimana anaknya ‘melepaskan geram’ memang menakutkan dan mencemaskan.

IKLAN

Kalau di lihat sewaktu mengamuk, Azil memukul wajahnya berkali-kali tanpa rasa sakit.

Malah, Zarina berjaya menenteramkan Azal yang sedang menahan kemarahan melihat tantrum Azil.

Dengan cara yang lembut, Zarina asyik meminta anaknya itu untuk bertenang dan lawan perasaan itu.

Tapi MH memang salute dan respect ketabahan Zarina dalam membesarkan mereka berdua. Bukan mudah ya…

Apapun ini dia antara video yang dimaksudkan…

IKLAN

#part4 #azalazil #autismawareness #twinsautism Azal dapat mengawal kemarahannya.. Allhamdulillah ?

A post shared by Zarina Zainuddin (@zarinazainuddin_) on