Penyanyi veteran terkenal, Datuk M Daud Kilau, 84, dilaporkan kini berada dalam keadaan kritikal selepas dimasukkan ke Hospital Teluk Intan (HTI), Perak pada malam Rabu.
Memetik Harian Metro, penyanyi yang terkenal dengan gelaran Raja Gelek itu dikejarkan ke hospital pada jam 12 tengah malam tadi sebelum doktor mengesahkannya mengalami masalah paru-paru berair.
Menurut anaknya, Ahmad Zaini, bapanya kini berada dalam pemantauan rapi daripada doktor selain memerlukan bantuan pernafasan.
Ads
“Doktor mengesahkan pada keluarga bahawa Datuk (M Daud Kilau) kritikal (paru paru berair) pada 2 pagi.
“Kami sekeluarga membenarkan doktor untuk membuat CPR (Bantuan Pernafasan Kecemasan) dan memasukkan tiub bagi membantu pernafasannya apabila jantungnya terhenti.
Ads
“(Ayah) masih memerlukan bantuan pernafasan (dan dalam keadaan) separuh sedar tapi masih kritikal,” katanya.
Penyanyi lagu malar segar, Cek Mek Molek itu sebelum ini pernah dimasukkan ke HTI selepas mengadu sesak nafas dan menjalani prosedur pembedahan angioplasty di Institut Jantung Negara (IJN) Kuala Lumpur, dua tahun lalu.
Ads
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Hangat di media sosial susulan khabar angin yang mendakwa, pelawak dan usahawan, Shuib didakwa sedang menjalin hubungan dengan seorang wanita yang dikenali sebagai Watie Hanifiah.
Ia susulan dakwaan netizen yang mendakwa keduanya mengenakan persalinan yang seakan-akan sedondon ketika menghadiri dua buah konsert sebelum ini meski tiada lagi kesahihan mereka hadir bersama.
Menerusi sebuah video TikTok yang dimuat naik menerusi akaun @farahana2506 yang kini tular, ia berkongsi imej Shuib dan Watie ketika menghadiri konsert Ziana Zain dan Anuar Zain pada 6 Ogos lalu dan konsert Dewa 19 pada Jumaat lalu.
“Betul ke Shuib dengan Watie,” tertera pertanyaan pada kapsyen beserta lampiran foto mereka yang dikatakan hadir mengenakan persalinan dalam rona serupa.
Meninjau ke ruangan komen video terbabit pula, netizen mulai membuat spekulasi dan mendakwa Shuib sedang akrab dengan usahawan wanita terbabit.
Malah, ada yang mendakwa Shuib kerap memberikan tanda suka (likes) terhadap foto yang dimuat naik Watie di media sosial miliknya.
“Saya dah few months perasan, semua post Watie ni, Shuib akan like. Pastu banyak tempat yang Shuib pergi, akan ada Watie kat situ cuma diaorang tak ambil gmbar sama,” ulas pengguna TikTok.
“Aku dah perasan lama dah. Aku stalk terus and im be like (emoji terkejut) takpela mana mana jela janji shuib happy kalau betol diorang bersama,” tulis seorang pengguna TikTok lagi.
“Kan dia kata, bakal wife dia bukan artis. So ofcozlah kita x kenal,” komen pengguna lainnya pula.
“Mungkin tersuka masa main golf sebab Watie selalu main golf,” tebak pengguna TikTok.
Video berkenaan sehingga kini menerima hampir sejuta tontonan disusuli lebih 14,500 tanda suka bersama ribuan komen.
Pada masa sama, ada netizen berkongsikan foto yang seakan-akan di lokasi sama sekitar Mei lalu berdasarkan latar belakang foto yang dimuat naik di Instagram.
“Baru stalk, tengok post Watie 7 Mei & Shuib post picture background sama. Rumah lama Shuib di kampung,” dakwa seorang pengguna TikTok.
Selepas 17 tahun hidup solo, penyanyi dangdut Mas Idayu, 50, bersyukur apabila doanya untuk kembali hidup bertemankan dimakbulkan Allah SWT.
Saat diijabkabulkan dengan Penerbit Eksekutif TV3, Muhamad Sufian Che Isa, 51, pada jam 10.40 pagi Jumaat, penyanyi itu tidak dapat menahan sebak sehingga mengalirkan air mata ketika sah bergelar isteri.
“Selama 17 tahun saya hidup sendiri dan pernah tak percaya dengan mana-mana lelaki. Kemudian, dua tahun lepas, setiap malam saya berdoa kepada Allah SWT untuk hadirkan teman dalam hidup saya kerana saya mula berasa sunyi.
“Saya nak kawan, saya nak teman hidup…Alhamdulillah Allah kabulkan. Tetapi ketika itu ramai yang cuba nasib sehingga saya tidak tahu mahu memilih yang mana satu.
“Kemudian datang yang saya suka pula (suami). Dan terus saya katakan pada diri saya, mungkin ini pilihan saya.
“Mungkin sebab itu saya berasa sebak sebab sudah lama hidup sendiri dan akhirnya ada tempat boleh mengadu, luahkan tentang apa sahaja. Saya dan ada kawan untuk bercerita,” katanya kepada MH sebaik selesai majlis akad nikah yang berlangsung di Magica Event Hall, Quill City, Kuala Lumpur.
Bercerita lebih lanjut mengenai keperibadian suami yang membuatkan dirinya jatuh hati, Mas Idayu berkata dia tertarik dengan sikap kelakar Sufian.
“Walaupun wajahnya kelihatan serius, tapi dia sebenarnya kelakar. Ketika berborak berdua, kadang-kadang kami tergelak sebab apa yang dibualkan menjadi lucu.
“Mungkin juga sebab dia pernah mengendalikan program komedi untuk tempoh masa yang lama… jadi memang tak sangka (berjodoh dengan Sufian),” katanya lagi.
Sementara itu, Sufian yang juga merupakan bapa kepada dua cahaya mata hasil perkahwinan terdahulu, berkata dia sangat menyenangi ciri-ciri keibuan yang ada pada penyanyi lagu Cintaku 100 Percent itu.
“Mas Idayu ada ciri-ciri keibuan selain dia ni pandai masak, kalau nak rasa masakan dia, marilah datang rumah,” kata Sufian berseloroh.
Mas Idayu dan Sufian dinikahkan oleh jurunikah Imam dan Penolong Pendaftar Nikah, Masjid Jamek Kampung Baru, Kuala Lumpur, Ustaz Haji Azizi Abd Hamid sambil berwalikan bapa pengantin perempuan, Mesnun Hassan.
Pasangan ini akan diraikan dalam satu majlis resepsi bertempat di lokasi sama pada malam ini.
Terdahulu, Mas Idayu dan Muhammad Sufian saling mengenali sejak program Mentor 3 yang bersiaran pada 2008 dan baru menjalinkan hubungan serius pada tahun ini.
Mas Idayu pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon Aman Graseka pada 1997 dan bercerai pada 2006.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Nur Dayini Asyiqah yang kini berusia 25 tahun.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon yang kini semakin mendapat perhatian peminat drama tempatan, Nadhir Nasar menerima kecaman daripada netizen gara-gara tindakannya berkongsi gambar memperlihatkan dirinya menunjukkan isyarat tidak senonoh di laman Instagram miliknya.
Menerusi foto itu, Nadhir atau nama sebenar, Ahmad Nadhir Ahmad Nasar, 26, turut menulis kapsyen kata-kata semangat buat dirinya yang kini sedang menjalani penggambaran drama bersiri Projek High Council.
“Self made artist, expect nothing but aim for everything.
“Konsistensi adalah kunci, belajar, praktis, buat, tulis, mimpi.Dokumenkan semuanya.Jangan matikan api dalam soul kau.
“Masih dalam pembikinan #ProjekHighCouncil,” tulis Nadhir.
Tidak menunggu lama, netizen mula membanjiri ruangan komen dan mengkritik aksi jari tengah yang ditunjukkan juara Hero Remaja edisi 2020 itu.
“Apa ni public figure tunjuk f**k?
“Tak elok jari tu.
“Tak baiklah tunjuk jari tu, terkejut saya.
“Sayang, tangannya jadi begitu.
“Why, no adab, lost respect.
“No middle finger please,” komen sebahagian netizen.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Nadhir Nasar
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pereka fesyen terkenal, Rizman Ruzaini memilih untuk menyerahkan kepada proses perundangan apabila namanya terpalit dengan kontroversi melibatkan tuntutan wang berjumlah RM1.3 juta oleh suami...