Ads

Anak Keempat Rizal Armada Meninggal Dunia Dalam Kandungan

Vokalis kumpulan Armada, Rizal Armada atau nama sebenarnya Tsandy Rizal Adi Pradana, berkongsi khabar duka apabila anak keempatnya dilaporkan meninggal dunia di dalam kandungan pada usia tujuh bulan.

Perkhabaran tersebut dimaklumkan sendiri oleh penyanyi itu menerusi satu hantaran di media sosial, memaklumkan bahawa anak perempuannya yang diberi nama, Gameela Az Zahra Putri Pradana, telah kembali ke rahmatullah.

Dalam hantaran tersebut dapat dilihat Rizal Armada berkongsi foto imbasan ultrasound wajah anaknya yang dibidik di hadapan perkarangan sebuah masjid.

“Telah meninggal anak keempat kami, Gameela Az Zahra Putri Pradana binti Tsandy Rizal Adi Pradana. Meninggal di dalam kandungan pada usia tujuh bulan. Mohon doa dari sahabat semua. Semoga Allah merahmati dan memberikan perlindungannya untuk kita semua,” tulis Rizal pada hantaran tersebut.

Ads

Imbas kembali, Rizal Armada berkahwin dengan isterinya, Monica Imas pada 2018 dan pasangan tersebut telah dikurniakan tiga orang anak lelaki sebelum ini. Kehilangan anak perempuan ini menjadikan pemergian tersebut satu kehilangan besar buat keluarga mereka.

Anak Keempat Rizal Armada Meninggal Dunia Dalam Kandungan

Ads

Rizal Armada turut memohon orang ramai agar mendoakan kesejahteraan roh anaknya itu selain berharap agar Allah SWT merahmati serta memberikan perlindungan kepada seluruh ahli keluarga yang sedang melalui detik sukar berkenaan.

Perkongsian tersebut mengundang rasa simpati dalam kalangan peminat dan rakan artis yang tidak putus-putus menzahirkan ucapan takziah serta doa agar Rizal dan keluarga diberikan kekuatan serta kesabaran menghadapi ujian berkenaan.

Ads

Untuk rekod, kumpulan Armada merupakan sebuah band pop terkenal dari Indonesia yang mula mencipta nama sejak 2007 dan terus kekal relevan dalam industri muzik serantau.

Antara lagu popular nyanyian kumpulan itu termasuk Asal Kau Bahagia, Harusnya Aku, Pergi Pagi Pulang Pagi dan Mau Dibawa Ke Mana, yang turut mendapat sambutan dalam kalangan peminat di Malaysia.

++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Gosip Artis Lain

Azira Syafinaz Masih Solo & Bahagia, Percaya Jodoh Aturan Tuhan –...

Menyimpan hasrat untuk mendirikan rumah tangga seperti mana orang lain, pelakon dan penyanyi Azira Syafinaz tetap bersyukur dengan segala perjalanan dan takdir yang telah ditentukan Allah SWT buat dirinya.
error: Hello. Cannot.